Friday, November 6, 2015

Soalan: Lafaz cerai sah atau tak

Nama*:Fatimah
Tajuk*:Lafaz cerai sah atau tak
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Saya ingin bertanya ...baru baru ini saya dan suami bertengkar dan suami ingin memohon maaf dekat saya...dan saya maaf kan suami saya...tapi dengan syarat...suami saya x kan ulangi apa yg dia dh buat kt saya...disebbkn tkt dia mgkir janji saya pun berkata.
Abg janji klau abg buat lagi abg ceraikan saya dengan talak satu..suami saya pun berkata mcm yg saya kata tdy dia...tpy apa yg dia ckp x jelas dari pendengaran saya...
Soalan saya adakah jatuh talak antara kami ....
Mohon penjelasan ustaz
File Upload:
salam

Puan kena pastikan dan dapatkan pengesahan daripada suami tentang apa yang dia janji atau ucapkan pada ketika itu. Adakah dia benar-benar ikut apa yang puan sebut yang menjadikan ia sebagai lafaz taklik, atau dia tidak ikut sepenuhnya, sekadar bermain mulut sahaja. Jika dia benar-benar ikut apa yang puan sebut, maka terjadilah ia lafaz taklik untuk cerai. Jika suami buat larangan itu, akan terjadilah talak.

Tetapi jika suami tidak ikut kata-kata puan, maka masih selamat.

tk

Visitor IP: 183.171.164.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA