Nama*: | Sherry |
Tajuk*: | Talak takliq ke? |
Message*: | Pada 23/10/15 si isteri berkata kepada suami. "Saya nak rasa la jadi free2" (dengan nada gurauan) bermaksud tidak memakai tudung dan bebas berpakaian. Si suami menjawab "kalau nak free2, tak payah jadi isteri saya". (Dengan nada gurauan). Isteri berkata kepada suami supaya berhati hati dengan kata-kata tersebut kerana takut jatuh talak. Suami berkata talak tidak jatuh kerana dia tidak berniat begitu pun. Pada 24/10/15-7/11/15 isteri pulang ke kampung halaman dengan mendapat keizinan suami. Sepanjang tempoh 2 minggu di kampung. Isteri ada beberapa kali keluar rumah dengan tidak memakai tudung. Kali pertama adalah pada 30/10/15 tanpa memikirkan kata-kata suami pada 23/10/15 tadi. Kerana menganggap perkara tersebut tiada apa-apa. Kemudian pada 7/11/15 suami datang ke kampung untuk menjemput isteri pulang ke rumah. Hidup seperti biasa tapi pada 24/11/15 si isteri risau dengan situasi tersebut dan bertanya kan lagi kepada suami dan suami berkata dia yakin talak tidak jatuh kerana dia tidak berniat. Dan katanya lagi kalau ye pun, saya rujuk awak kembali. Sebelum lafaz rujuk tersebut suami isteri telah 1 kali bersetubuh. Dah 1 kali lagi selepas lafaz rujuk. Soalannya, 1) adakah jatuh talak tersebut? Jika ya, adakah talak tersebut gugur pada 30/10/15 pada kali pertama isteri melanggar takliq? 2) Jenis/kategori apakah talak tersebut? 3)Perlukah pasangan ke pejabat agama untuk proses rujuk? |
File Upload: |
Pertamanya, ia bukanlah lafaz taklik yang sah oleh suami. Oleh itu tidaklah terjadinya talak bila berlakunya pelanggaran janji itu. (Cuma dosa sbb dedah aurat)
Bila tidak ada taklik, tidaklah ada cerai..
tk
Visitor IP: 64.233.173.104
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.