Soalan: jawab ijab qabul
Nama*: | rosli |
Tajuk*: | jawab ijab qabul |
Message*: | saya ingin bertanya,adakah sah ijab dan kabul sekira nya kadi tersalah menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin.manakala pengantin lelaki menyambutnya dengan nama pengantin perempuan dan mas kawin yang betul..saksi mengesahkan lafaz tersebut..tetapi sebelum berlangsung ijab dan kabul kadi melakukan latihan akad bersama suami, kadi menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin adalah betul.
nama sebenar pengantin perempuan: Nurul Ain
nama yang disebut kadi semasa akad: Nurul Aini
nama disebut pengantin lelaki semasa akad:Nurul Ain
apakah perlu ijab dan kabul perlu dibuat semula?
Sekian, Terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Sah nikah berkenaan kerana yang dimaksudkan oleh kadi itu adalah perempuan yang sama.
Mas kahwin tidak perlu disebut dalam akad, ia bukanlah wajib disebutkan didalam akad.
tk
Visitor IP: 203.106.158.155
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.