Sunday, November 15, 2015

Soalan: persoalan rumah tangga

Nama*:laily
Tajuk*:persoalan rumah tangga
Message*:asalam,
saya ingin mendapat pandangan tuan tentang isu rumah tangga saya. perjalanan rumah tangga kami dari awal perkahwinan sehingga sekarang pelbagai dugaan yng kami tempuh suami saya seorang yang manis mulut dan permasalahan kami disebabkan perempuan. Perkahwinan atas dasar cinta dan restu orang tuan.
kami bernikah pada 06.03.09 kami dikurniakan 2 orang anak. pada tahun 2013 bulan mei perkahwinan kami bergolak dh saya telah di ceraikan talak 1. kami rujuk semula pada 2 minggu selepas itu. Namun perkara yg sama berulang dan berulang sehingga kini.
persoalannya :

1. Saya ada berniat sekiranya hubungan kami baik saya akan mengerjakan umrah. tetapi selang beberapa minggu selepas kami rujuk dia melakukan perkara yang sama. adakah niat saya itu perlu diteruskan? kerana sehingga kini bnd yang sama berulang.
2. Lebih dari 1 kali dia menduakan saya. berjumpa secara senyap. berganti2 perempuan. minta maaf berkali-kali, tetapi tetap mengulangi. saya mohon pandangan tuan.
File Upload:
Salam

Masalah lelaki 'nakal' spt ini sukar dibendung. Dia semacam tidak puas dengan apa yang ada.. Puan boleh beri pilihan kepadanya untuk tambah seorang lagi, agar dia sedar dunia itu tinggi rendahnya. Kadang kala kenakalan lelaki boleh berakhir setelah dia mendapat apa yang diingini dengan satu tanggungjawab yang besar.

Niat atau nazar itu suatu yang baik. Jika ia nazar (puan sebut betul-betul; saya bernazar jika suami...) maka puan wajib laksanakan. Jika sekadar niat dan lintasan hati, ia tidaklah perlu puan tunaikan.

Jika nazar itu dikaitkan dengan perubahan sikap suami, sedangkan suami tidak juga berubah, maka nazar itu belum capai sasarannya, maka ia tidak perlu dilunaskan.

maaf, itu pandangan saya.

tk

Visitor IP: 203.62.1.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA