Soalan: Pertengkaran kecil
Nama*: | Qamarul |
Tajuk*: | Pertengkaran kecil |
Message*: | Sedang kami tengah berserapa, tetiba bercakap mengenai kerja saya, isteri adalah suri sepenuh masa, tetiba kami bertekak kecil dan dalam pertengkaran kecil itu saya mengatakam saya tak mahu kerja lagi akibat desakan isteri tidak mahu saya pulang lewat. Dalam pertengkaran itu isteri saya pon bercakap, kalau tak mahu kerja saya nak kahwin dengan orang lain. Di atas percakapannya itu saya rasa dalam keadaan geram saya pon berkata pergilah .
Soalan saya adakah jawapan saya jatuh talak ke atas isteri saya sedangkan pada masa itu saya tidak mempunyai niat untuk bercerai,
mohon penjelasa terperinci dan segera,
mohon tuan email jawapan tuan terus ke email saya takut dikhuatiri saya terlepas post ini.
terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Jika lafaz itu disebut tanpa niat utk cerai, maka ia tidak berlakulah talak..
tk
Visitor IP: 210.195.90.59
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.