Wednesday, November 25, 2015

Soalan: jatuh talak ke?

Nama*:rz
Tajuk*:jatuh talak ke?
Message*:Assalam...
Sy nak ty soalan...
Sy bernikah pd thn 2011.. Ketika hamil anak pertama suami telah berlaku curang. Dia telah meminta maaf dan janji x lakukannya lg. Tp ketika sy berpantang dia buat hal lg. Tp dgn prmpuan lain. Dia ckp sbgai abg n adik agkt shja. X lama lps tu sy dpt tau dia hisap vape. Sy jd brtmbah mrh. Sy ungkit segala slh dia yg lepas n pksa dia utk ceraikn sy. Atas desakan n tekanan dr sy sndiri dia ckp mcm ni.. "okey..klu sy ada hubungan dgn mn2 prmpuan lg kita cerai talak 3"
Keesokan harinya kami bergaduh lg.sy ckp jgn lupa kita akn cerai talak 3 klu awak cntct mn2 prmpuan.awk x boleh cntct siapa pn org prmpuan trmasuk kwn..akak..mak...nnt kita cerai.. dia cuma ckp ok ok... Dia mls nk lyn sy sbb tgh bz kj.
Sdgkan semasa dia lafaz cerai tu apa yg sy fhm dan dia mksudkn adlah hubungan dgn prmpuan istimewa.
Jd apakah status lafaz cerai trsebut.adkah sah sekiranya dia cntct jugak mn2
Prmpuan trmasuk ahli kluarga sndri atau hy sekiranya dia ada hbgn dgn ornpuan lain?
File Upload:
Salam

Pada kefahaman dan pengertian kita, maksud perempuan di situ adalah yang istimewa sahaja. Tidaklah sampai tidak boleh hubungi emak dan saudara mara...

Tetapi oleh kerana lafaz berkenaan diucapkan oleh suami dan suami menegaskan maksud PEREMPUAN itu ialah semua perempuan, maka jika benar begitu, akan terjadilah talak taklik apabila dai berhubung dengan perempuan lain.

Lafaz taklik adalah atas niat dan kehendak suami. Kena pastikan niat sebenar suami ketika dilafazkan.
tk

Visitor IP: 183.171.24.58

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA