Monday, November 9, 2015

Soalan: Cerai

Nama*:Yaya
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum tuan.

Semalam saya dan suami bertengkar . Punca pertengkaran kami ialah suami sudah 3 bulan tidak bekerja, saya pula tekanan dengan hutang-hutang yang ada.
Jadi, saya pon marah-marah suami dan minta cerai .
Masa tu suami saya dah tak tahan sabar agaknya, dia cakap
"Awak nak saya ceraikan awak, OK, jom kita pergi pejabat agama, saya cakap kat sana" dan "Awak nak ceraikan, Ok, jom pergi rumah abah, saya cakap/ceraikan awak depan mak abah saya". (Dia ulang banyak kali ayat macam ni)
Lepastu dia call abah suruh datang rumah kami, abah datang, tapi dia tak ada cakap apa-apa berkaitan cerai pon depan abah dia.
Bila situasi dah redha, malam tu saya tanya dia balik, agak-agak ada jatuh talak tak.
Lepastu dia cakap
"tak jatuh lah . Contoh ye, saya bagi contoh je, tadi saya tak cakap 'saya ceraikan awak'. kan saya cakap jom pegi pejabat agama, saya cakap kat sana. kan kalau nak cerai kena sebut nama dulu."
Saya jadi tak keruan dengar contoh yang dia bagi tu sebab ayat cerai tu dah complete walaupon contoh saja dan saya takut jatuh talak . Kalau jatuh , maksudnya ini talak ke2 dari dia .
Suami saya pulak dia asyik tegaskan itu contoh je.
Masa gaduh pula banyak dia sebut 'Jom, pegi pejabat agama, rumah abah'. Dia siap sumpah tak maafkan saya dunia akhirat .

Sebab was-was, saya tanya dia nak kan saya lagi atau tak. Dia cakap nak. Saya mesej contoh lafaz rujuk bagi dia untuk dia cakap depan saya nanti. Ayatnya " Saya nak awak balik jadi isteri saya, Yaya..." Tapi dia belum lafaz lagi sebab kami tunggu jawapan dari tuan dulu.

Soalan saya

1. Jatuh ke talak ?
2. Kalau jatuh, ayat yang mana membuatkan talak tu jatuh .
3. Kalau jatuh , ini talak ke2 dah . Kalau lepasni keluar lagi talak , maksudnya kami dah tak boleh bersama suami isteri lagi ke ?
4. ada apa-apa lafaz kinayah tak dalam situasi tu .
5. Kalau tak jatuh, tapi suami lafaz rujuk, boleh membuatkan talak jatuh secara tak sengaja? sebab lafaz rujuk itu maksudnya selepas bercerai.
6. Betul tak ayat lafaz rujuk di atas dalam islam dan mazhab syafie.
7. Boleh bagi satu contoh lafaz kinayah tak ?
8. Penceraian pertama kami tak daftarkan ke mahkamah syariah , kalau jatuh yang ke2 pon kami bercadang tak daftarkan . sebab kalau dimahkamah selalu hakim akan bertanya macam mana ayat yang dilafazkan . kalau suami ulang2 ayat cerai untuk kepastian hakim, boleh jatuh talak jugak ke ?
9. Sumpah yang suami saya buat tu valid ke kalau sekarang ni dia layan saya macam biasa .takde nampak macam dia berdendam . saya takut kat akhirat nanti .
10. Dalam ayat contoh suami saya di atas, dia cakap kalau cerai kena sebut nama dulu mengikut apa yang dia faham lah. tak betulkan ni. kalau tak sebut pon dah jatuh kan tuan .

Terima kasih tuan atas jawapannya nanti dan terus menerus menjawab persoalan dari kami semua . Semoga diberkati Allah .
File Upload:
Salam

Pengakuan suami itu betul. Talak tidak jatuh sehinggalah ia disebut betul-betul; aku ceraikan kau..

jika suami sebut; jom ke pejabat agama saya ceraikan awak di sana; ia tidaklah lagi menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 175.141.173.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA