Nama*: | Sherry |
Tajuk*: | Ingin kepastian |
Message*: | Assalamualaikum.. Kami telah berkahwin di selatan thai,sy sebagai isteri ke 3, Isteri pertama tinggal di malaysia dan bekas suami sy tinggal di england bersama isteri ke 2 yang juga Melayu.Setelah 15 hari kami berkahwin,suami sy pulang ke England dan keadaan berubah sama sekali kerana isteri ke dua mengamuk bila dpt tahu..isteri ke 2 suruh ceraikan saya..dan suami lafaz cerai talak 1 melalui hp dari UK.10 minit selepas tu sy dapat sms talak 3 dari suami. Suami hubungi saya semula selepas itu dan dia cakap dia takde langsung niat nak cerai talak 3 tetapi diugut oleh isteri ke 2 untuk larikan anak,bunuh diri dan ingin tikam dengan pisau.Dia hanya berlakon hantar sms untuk puaskan hati isteri ke 2.Dia tegaskan yang sy masih isteri dia dan dia terpaksa buat tanpa niat disebabkan ugutan seperti di atas.Dan sekarang kami ingin nikah kembali..Sy nak tanya adakah jatuh talak 1 atau talak 3 ustaz..Terima kasih ustaz |
File Upload: |
Jika benar ugutan daripada isteri seperti itu hingga membahayakan dirinya, dan suami terpaksa menghantar sms sebegitu, maka talak itu tidak terjadi kerana adanya unsur paksaan dan ugutan.
Pada pendapat saya, puan masih sah menjadi isterinya.
tk
Visitor IP: 183.171.161.11
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.