Wednesday, November 25, 2015

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:ws
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:assalammualaikum ustaz..

satu hari sy dan suami bergaduh dan sy meminta izin suami untuk balik ke rumah mak melalui whatsapp.. suami membalas dan menyebutkan taklik pada sy melalui whatsapp "ini adalah bukti...sy xizinkan..klu kmu melangkah keluar rumah tanpa keizinan sy (suami) maka jatuhlah 1 talak ke atas kamu"... setelah dipujuk, suami mengizinkan... namun keesokan harinya suami menyatakan bahawa "lepas ni nk pg mana2 kne mintak izin suami k..da tye ustaz, klu xde keizinan, ustz kata jatuh talak tu..sbb sy dah lafaz..dah niat"..fahaman sy adalah selepas lafaz tu, sy perlukan keizinan suami semasa tinggal bersamanya jika mahu keluar ke mana2..

kemudian..selang beberapa bulan..kami bergaduh lagi..pada 23 januari 2015, suami menghantar pesanan melalui whatsapp.. "dr sy, suruh mak bapak awk bwk balik awk esok k..pg la duduk umah sna. xsanggup da aku nk jaga awk..tunjuk msg ni kat mak awk..kita bincg elok2..berpisah pon elok2.. cerita direct je masalah kita..bru diorg tau xde solution untuk kte berbaek semula".... dan sy mengikut mak ayah sy balik umah pada 24 januari 2015 yang kebetulan dtg melawat sy dgn tujuan untuk menziarahi cucu sahaja...

beberapa lama kemudian sy tidak mahu mengikutnya pulang ke kampung, dan suami menghantar pesanan melalui whatsapp.." sy mmg xizinkan awk keluar rumah tinggalkan sy n pisahkan ank dgn sy"...."harap langkah awk diberkati, amal awk diterima dan diredhai Allah..sbb sy tidak mengizinkan saat kamu melangkah keluar rumah sy sejak dua bulan (24 januari 2015) yg lepas..(20 mac 2015-tarikh msg diterima)...kemudian sy bertanya melalui whatsapp.."mmg awk xizinkan sy blik kan masa sy blik umah hr tu (23 januari 2015)?.." suami membalas.."yg sy xizinkan masa yg blik last ni (23 januari 2015)"...

untuk pengetahuan ustaz, sy dah tiada hati dgn suami lg dan sy tidak lg tinggal dgnnya bermula 24 januari 2015... pertanyaan sy, adakah lafaz taklik sah untuk sepanjang perkahwinan sy kerana fahaman sy, suami memberitahu ianya sah dan niatnya, dan sekiranya sah, adakah talak sy jatuh, kerana semasa pulang ke rumah mak pada 24 januari 2015, sy tidak meminta izin disebabkan suami menyuruh mak ayah sy bawak balik sy melalui whatsapp 23 januari 2015.. dan adakah talak jatuh kerana suami juga berniat tidak mengizinkan sy balik pada 23 januari 2015 seperti pesanan yang di hantar melalui whatsapp pada 20 mac 2015.. kerana berkali-kali sy mintak kepastian, namun suami tetap mengatakan tidak mengizinkan..

dan adakah ianya lafaz kinayah kerana suami meminta mak ayah sy bawa sy balik ke rumah.. dan ada niat ingin berpisah pada ketika itu"...

sy perlukan pandangan ustaz.. terima kasih
File Upload:
Salam

Puan, kes seperti ini elok kiranya dirujuk ke pejabat agama. Bawalah suami untuk menentukan arah hidup sendiri. Nak berbaik pun tak boleh, nak berbahagia jauh sekali..
Suami pula asyik nak cerai sahaja, ugut nak cerai taklik berbagai lagi.. dah tak aman..

Bawalah kes ke mahkamah utk lebih aman..

tk n mohon maaf

Visitor IP: 110.159.36.227

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA