Soalan: , bergaduh bersama suami..
Nama*: | , insanSEDIH |
Tajuk*: | , bergaduh bersama suami.. |
Message*: | , saya nak tanya ustaz , saya bergaduh dengan suami pada mlm hari 21.11.2015 , dalam keadaan marah suami telah berkata " KAU JANGAN SAMPAI AKU CERAI KAN KAU " adakah jatuh talak cerai itu ? , kemudian suami memujuk saya dan berkata sambil sedih , " HUBBY TAK ADA NIAT PON NAK CAKAP MACAM TUE , HUBBY TENGAH MARAH SANGAT TADI " tolong saya ustaz.. |
File Upload: | |
Salam
Oleh kerana dia sebut, kau jangan sampai aku.. maka ia tidaklah terjadi lagi talak..
lepas ni jangan gaduh lagi.. jaga baik suami puan tu.. tk
Visitor IP: 113.210.7.6
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.