Thursday, September 10, 2015

Soalan: Terlafaz seorang diri



Nama*:perlukan kepastian
Tajuk*:Terlafaz seorang diri
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya mempunyai masalah gangguan di dalam hati yang amat teruk yang di mana menyuruh saya menceraikan isteri saya.Saya cuba melawannya tetapi ada berapa kali sy terlafaz seorang diri

1)Di dalam hati saya ada lintasan hati yang berbunyi begini"Aku ceraikan juga dia ni:ketika itu isteri ada di sebelah .Selepas itu isteri tiada di sebelah..mungkin pergi buka grill rumah kot.saya terlafaz "Aku cerai" dan diikuti dengan lafaz isghtifar dan takkan aku nak ceraikan isteri aku.Saya tidak pasti adakah saya ada terniat atau tidak,menujukan pada isteri saya atau tidak ketika itu.Mohon diberi penjelasan ye Ustaz

2)Saya keliru antara niat dengan lintasan hati.adakah lintasan hati itu datang dengan sendirinya tanpa saya berfikir dan niat itu adalah satu keazaman.Sebab setiap kali lintasan/ bisikan itu datang saya akan pasangkan satu azam saya tidak akan ceraikan isteri saya dan xpernah berniat untuk ceraikan isteri saya.
File Upload:
Salam

Pada saya, lintasan hati seperti itu adalah mainan syaitan, perlu dielakkan segera. Jika ada lintasan, cepat-cepat buangkan, nyahkan.. istighfar sebaiknya

lintasan hati tidak perlu dilayan, jika dilayan dan diyakini ia akan menjadi niat dan maksud pula.. bahaya tu..

tk

Visitor IP: 183.171.228.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA