Saturday, September 19, 2015

Soalan: dilema-Mohon panduan dan nasihat

Nama*:Nor
Tajuk*:dilema-Mohon panduan dan nasihat
Message*:Salam Ustaz. Saya berumur 46 tahun, telah berkahwin hampir 23 tahun mempunyai 2 anak (21 dan 19). 22 tahun. Panjang cerita yang perlu saya tuliskan bagi memastikan masalah saya ni Ustaz faham dengan jelas. Masalah saya telah wujud sejak dr awal perkahwinan dimana:

i) keluarga suami tidak menerima saya sepenuhnya (tidak pasti kenapa tetapi difahamkan saya ni org N.9 dan susah. Keluarga dia org yang agak dihormati dan semua adik-beradik berpelajaran dan berjawatan tinggi). Tetapi saya bertahan sbb kami kahwin atas dasar cinta sama cinta dan suami selalu menyokong dan tidak membiarkan saya sendirian.

ii) Saya terlalu hormat pada suami dan dari awal perkahwinan sentiasa ada perasaan takut pd suami terutama apabila dia meninggikan suara (tidak tahu kenapa). Setelah ada anak, Setiap anak-anak lakukan kesilapan saya akan dipersalahkan dan dipertanggungjawab kan walaupun semua keputusan dibuat oleh suami. Sering berlaku pergaduhan dan dia memaki saya dan anak-anak jika anak-anak buat silap. Suami tidak pernah berpuas hati dengan anak2 walaupun anak2 kami sangat baik berbanding dengan anak2 sebaya mereka. Alhamdulillah. Subhanallah. Saya juga tidak pernah membuat apa-apa keputusan dalam rumahtangga.. semua saya serah dan dengan kebenaran dan prsetujuan suami.

iii) Saya seorang yg sangat sensitif kerana dari kecil keluarga saya miskin dan selalu dihina oleh sedara mara dan masyarakat sekeliling. Setelah 3 tahun berkahwin saya dapati suami selalu menggunakan kata-kata kesat yang sukar untuk saya terima dan sering berlaku pertelingkahan yang besar2 (kadang2 hingga saya meminta dia meninggalkan saya) disebabkan kata-katanya yang membuatkan saya sedih dan tidak boleh terima. Tetapi saya bertahan sebab saya hormat, anak-anak dan cintakan dia. dia memang baik dalam segi lain.

Pada tahun 2008 hingga 2014 (6tahun) saya cuba perbaiki diri untuk belajar dan dengan restu dari suami saya menyambung pelajaran ambil Ijazah hingga berjaya menamatkan peringkat Master pada hujung tahun lepas. Alhamdulillah. wlaupun dengan restu, suami selalu tidak puas hati kerana terpaksa bergaul dengan pelajar2 lelaki muda dan sering menghabiskan masa untuk study group. Sedikit sebanyak membuatkan kami renggang dan dia tidak lagi terlalu ambil berat pada saya seperti sebelumnya. Dan, sejak 3 tahun kebelakangan ini hubungan kami semakin renggang dan banyak pertelingkahan berlaku dan perasaaan sayang saya semakin pudar terhadap suami. Perasaan hormat juga mula pudar hinggakan perkara kecil juga akan jadi punca pertelingkahan. Kata-kata kesat sering dihamburkan.

Saya kecewa kerana perkara yang sama sering berlaku walaupun dia berjanji tidak akan mengulanginya. Berbagai tuduhan tidak baik dia buat pada saya tetapi saya tetap bersabar kerana saya tahu ini semua adalah dugaan. Walau bagaimanapun, tekanan demi tekanan saya terima dan mendorong untuk saya menghabiskan masa bersama kawan2 untuk pergi makan dan minum beramai2 termasuk lelaki dan perempuan. sedikit membuatkan saya lalai.. Semata-mata untuk release tekanan dan kecewa yang ada. juga untuk mengelakkan pertelingkahan yang terlalu mudah untuk terjadi.

iv) Suami saya sememangnya mengetahui penerimaan keluarganya terhadap saya tetapi tetap merendah-rendahkan saya apabila bersama keluarganya. Keadaan ini kerap kali terjadi membuatkan saya tidak selesa dan 'makan hati' setiap kali ia berbuat demikian. Saya malu dan rasa terhina. Hingga awal tahun ini perkara ini betul2 sampai ke tahap maksima kesabaran saya. Dia memburuk2 dan menghina saya dalam whatapp grup keluarga beliau di mana dlam grup tersebut semua family, ipar, anak2 mereka dan biras adalah ahli. Perkara ini membuat saya rasa maruah saya hancur dan sampai sekarang saya tidak boleh terima apa yang suami lakukan pada saya. Dia memburukkan dan menjatuhkan maruah saya tentang perkara yang saya tidak lakukakan (akhirnya dia sedar sendiri).

mulai ketika itu dan Lanjutan dari perkara-perkara yang saya lalui.. perasaan terhadap suami terus padam .dan tiada lagi perasaan cinta dan langsung tidak boleh melayan nafsu beliau. 2 tahun sebelum ni kami hanya melakukan hubungan sex sekali dalam sebulan atau 3 bulan. Saya sering menolak kerana tiada nafsu. Saya hanya lakukan kerana menyedari akan dosa saya.. itupun menyakitkan saya setiap kali melakukanya dan menjadi trauma kepada saya setiap kali ingin melakukannya. Paling mengecewakan saya, apabila kadang-kadang saya usaha bagi 'response' suami pula tidak mampu melakukannya dan sering memberi alasan takut kalau menyakiti saya. Saya mula bosan dan rasa buang masa.

Setelah berlaku kes memburukkan saya dalam whatapps grup famili beliau, saya rasa amat kecewa dan langsung tidak ada perasaan kasih dan hormat pada suami dan sudah bertekad tidak akan bertemu lagi dengan mana2 keluarga beliau. Sejak raya tahun ini saya sudah tidak berkunjung ke rumah famili beliau.
Saya juga meminta suami meninggalkan saya. Tetapi dia enggan atas alasan masih sayang saya. Saya fikir semula dan cuba beri peluang pada hubungan kami dan mencuba untuk kembali seperti biasa TETAPI tetap tidak boleh memulihkan perasaan saya. dan hingga sekarang sudah hampir setahun kami tidak mengadakan hubungan kelamin dan sering tidur sendirian walaupun tinggal sebumbung.

Untuk pengetahuna Ustaz, sejak 5 bulan kebelakangan ini saya kembali mendekatkan diri dengan Allah SWT.. Saya bertahajjud setiap malam. Saya belajar dan mendengar ceramah2 agama setiap hari untuk menguatkan iman dan taqwa. SAya belajar untuk jadi positive dan menyedari hidup yang kekal adalah diakhirat dan dunia hanyalah sementara dan segala yang terjadi adalah ujian Allah SWT terhahap saya kerana Dia sayangkan saya. Amin. Saya berusaha sedaya upaya untuk beramal dan mendekatkan diri pada Allah untuk merebut peluang menjadi ahli syuraNya. Alhamdulillah. Semua kawan-kawan bersosial telah saya tinggalkan. Malah saya bersedia sekiranya Allah mengambil nyawa terakhir saya. Setelah ilmu demi ilmu saya pelajari dalam tempoh 5,6 bulan ini, saya rasa hubungan baik dengan Allah amat jelas dan Alhamdulillah.. Semoga Allah tidak memesongkan iman saya setelah diberi ilmu dan petunjuk. Amin.

Cuma, saya masih merasa segala ibadah yang saya lalukan masih ada sekatan akibat dari hubungan dengan suami saya. Saya telah beberapa kali berbincang dengan suami.. saya minta dia pertimbangan tidakan sewajarnya kerana saya memang tidak ada langsung perasaan kasih pada dia dan saya memang tidak boleh jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Langsung tidak ada nafsu terhadap dia. Walaupun dia kata memaafkan saya dan tidak kisah tetapi saya tetap merasa sumpahan malaikat kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Walaupun suami kata dia redha tetapi sebagai lelaki dia tetap 'meminta'. Saya percaya saya masih mempunyai nafsu tetapi tidak terhadap dia sebab tiada langsung perasaan kasih dan cinta.

Saya telah lama memaafkan dia dan keluarganya tetapi perasaan kasih dan sayang telahpun padam dan langsung tidak boleh lakukannya. Hubungan kami baik tetapi saya tetap merasakan saya sentiasa dalam sumpahan. Saya mohon petunjuk dan berdoa agar Allah mempermudahkan urusan saya dan membersihkan segala sumpahan ini agar saya boleh menjadi ahli syurganya kelak. Setakat ini saya masih buntu untuk menilai apakah petanda yang Allah berikan.. dan sehingga saat ini saya terpanggil untuk mencari jawapan apakan status dan kedudukan saya sebagi isteri dan rumahtangga kami.

Dalam Quran ada dinyatakan sekiranya suami tidak memberi nafkah batin selama 4 bulan berturut-turut telah jatuh talak. Bagi kes saya.. kami tidak melakukan hubungan seks setelah hampir setahun dan seringkali tidur berasingan. Kadang kala suami mahukannya tapi saya menolak kerana:
i) Langsung tiada nafsu dan
ii) rasa sakit dan trauma untuk melakukakannya.
ii) Rasa kecewa.. suami juga tidak lagi mampu
melakukakannya (sejak kami masih melakukannya -
mungkin akibat lemah tenaga batin)

Berkali-kali saya minta suami membebaskan saya kerana saya mahu membersihkan dosa-dosa saya dari sumpahan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan saya tidak mahu tetapi langsug tidak boleh melakukannya. Malah saya rasa sudah tidak boleh hidup sebumbung tanpa rasa hormat. wlau perkara kecil akan menjadi punca pergaduhan. Ini akan mengakibatkan dosa pada kami.

Suami langsung tidak mahu melepaskan saya atas alasan dia maish sayangkan saya. Kalau dia kahwin lain akan menyusahkan dia dan dia sudah tidak mampu. Dan dia redha jika rumahtangga kami keadaan begini. Tetapi dia tetap meminta saya melakukan tugas yang tidak mampu saya lakukan walaupun dia berkata dia tidak kisah dan maafkan saya. Saya benar-benar buntu. Saya betul-betul mahu bebas dan mahu fokus pada ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Mohon ustaz bantu saya dengan dilema yang saya tanggung. Wallahi, saya langsung tidak punya nafsu dan rasa sayang terhadap suami cuma masih ada sedikit hormat. Walaupun untuk menyentuh dan memeluk saya.. saya tetap menghalang. Saya kasihan dan rasa berdosa kerana dia berhak untuk mendapat hak dan layanan sebagai suami tetapi saya tidak mampu. Kami juga jarang-jarang tidru bersama tetapi tinggal serumah. Saya tidak mahu menanggung dosa dan saya tahu hak dia. Saya mahukan perpisahan (dengan izin Allah SWT) untuk mengelakkan terus berdosa dan memastikan segala amalan saya tidak tergantung oleh perkara ini.. Saya juga mahu memastikan suami mendapatkan hak yang sepatutnya... dia berhak.

bantulah saya ustaz. Saya amat memerlukan panduan dalam hal ini. Saya ingin mendapatkan kaunseling di pejabat agama tetapi suami tidak membebarkan.

Message saya:

1. Apakah status kedudukan rumahtangga kami. adalah jatuh talak
2. Adakah wajar untuk saya meminta utnuk suami melepaskan saya.
3. Apakah nasihat dan pandangan ustaz bagi memastikan saya dan suami tidak jatuh kepada hukum berdosa dalam hal ini.
File Upload:
Salam Puan

Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah puan di sini.

Tindakan puan 'kembali kepada Allah' adalah tindakan paling bijak dan terbaik. Allah tidak menguji seseorang itu melainkan atas kemampuannya.

Kesabaran puan melayan suami dan anak-anak sudah cukup baik. Cuma emosi puan yang tidak lagi boleh menerima kehadiran suami (untuk melayannya) menjadikan puan bersalah dan rasa berdosa.

Bagaimanakah keadaan suami puan? Baguskah ilmunya, baguskah imannya dan baguskan amalan ibadah sehariannya? Jika masih kurang, maka peluang ini saharusnya puan bantu beliau untuk menyediakan jalan kepadanya juga ke syurga. Bantulah dia sedikit bagi meningkatkan ilmu, tingkatkan amal dan tingkatkan ibadah. Itu kekuatan yang perlu ada pada seorang suami.

Saya percaya dengan iman dan amal yang baik, dia akan tahu tugasnya dan tahu peranannya. Malah kasih sayang juga akan terbina antara dia dan puan. Bantulah suami dalam bab agamanya, agar dia tidak terjath dalam dosa-dosa yang lain.

Dari apa yang saya tahu, puan masih kekal sebagai isterinya yang sah kerana suami tidak pernah melafazkan cerai. Dia tak bagi nafkah batin, itu soal lain mungkin kerana kemampuannya dan kerana layanan puan sendiri yang mematikan nafsunya.

Jika puan inginkan kepuasan ini, tetapi dia tidak mampu memberinya dalam tempoh tertentu, maka puan bolehlah menuntut cerai atas kegagalan fungsinya.

Kadang kala saya terfikir, kehidupan berumah tangga ibarat satu lakonan panjang yang kita muatkan dalam diari hidup kita. Ia panjang dan nampak cantik, namun ada lopong kecacatan tersendiri di sana. Kecacatan itu seharusnya kita ubah dan baiki bersama-sama.

Maaf puan, saya tidak selayaknya memberi nasihat dalam hal ini.. sekadar membantu seupayanya.


Visitor IP: 60.49.75.84

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA