Monday, September 14, 2015

Soalan: Hati atau Suami?


Nama*:Nur Liyana
Tajuk*:Hati atau Suami?
Message*:Assalamualaikum ustaz. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas maklumbalas ustaz terhadap soalan saya bulan lepas berkenaan dengan lafaz taklik.

Alhamdulillah saya telah membuat rujukan di pejabat agama dan mahkamah syariah. Saya telah menerima nasihat dari kaunselor pejabat agama utk merujuk kes saya ke mahkamah. Di mahkamah pula Pegawai pendaftar telah memberikan beberapa jalan yg boleh saya ambil. Saya dan suami telah bersetuju utk bercerai cara baik iaitu dengan melafazkan talak di mahkamah.

Namun sepanjang proses menguruskan kes ini suami telah memujuk saya utk berbaik semula. Siapa yg tidak sayangkan rumahtangga setelah 10 tahun dibina dan dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersetuju berbaik semula kerana memikirkan
perkembangan anak.

Sepanjang proses berbaik, saya cuba menanamkan kasih syg dan kembalikan cinta saya kepada suami. Tapi saya telah tawar hati terhadap suami. Sedikit pun saya tiada hati untuknya. Tetapi disebabkan saya mahu menjaga hati dan perasaan suami saya paksakan diri saya menerima suami seadanya. Sedaya upaya saya cuba melayani suami dengan baik.

Soalan saya, adakah saya berdosa kerana terpaksa menyayangi suami sedangkan hati saya sedikit pun tiada perasaan terhadapnya? Apakah saya perlu teruskan perhubungan ini semata-mata menjaga hati anak dan suami? Bagaimana pula dengan hati dan perasaan saya yang terpaksa saya ketepikan? Bila saya fikir2kan saya seolah2 hidup dalam kebohongan. Saya korbankan hati dan perasaan saya demi kebahagiaan anak dan suami. Adakah cara ini akan membawa saya ke syurga?

Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih dan semoga Allah sahaja membalas jasa baik ustaz. Amiiin...
File Upload:
Salam..

Pada saya, berbaik itu adalah jalan terbaik pada suami dan isteri.

Soal hati tak terima tu, tak apalah buat masa ini.. Berilah ruang dan peluang kepada hati puan untuk kembali pulih dan sedia menerimanya. Sedangkan dia adalah suami puan, sedangkan dia berusaha untuk menjaga puan, sedangkan dia memberikan zuriat (dengan izin Allah) kepada puan, maka puan seharusnya berterima kasih dan bersyukur atas sedikit nikmat ini.

Bawalah istighfar dan pujuklah hati untuk menerimanya kembali. Syurga neraka itu hak Allah, usah dirisaukan selagi kita beramal soleh sebaiknya, insya Allah Allah berikan kita yang terbaik.

tk

Visitor IP: 14.1.200.187

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA