Saturday, September 5, 2015

Soalan: suami ugut dgn lafaz talak

Nama*:istri kecewa manja p.gdng
Tajuk*:suami ugut dgn lafaz talak
Message*:assalamualaikum ustaz...
sy istri yg kecewa ingin kn pencerahan tentang lafaz talak yg berulang kali suami sy lafaz kn,.
dan lafaz talak juga suami guna kn sbgai ugutan utk sy,.. di antara lafaz yg telah dia sebut,. di awal janji sy
"syg jgn buat lg klu buat mcm mana?sy menjawab "ikut abg lah nk cerai kan sy ke/
lalu suami sy mnjwb ok klu itu..
tp scra x sedar sy melanggar janji; jatuh kah talak itu ustaz?
jika jatuh suami menyadari dia rujuk dgn bersegama brsama sy; adakh sah ustaz?
2. suami mlrang sy pergi ke rmah abg sy dia mlafazkn ;' klu awk pergi jge kerumah itu sy cerai kn awak!tp kesokan hrnya sy pergi krumah abg tp prgi brsama suami,adakh jatuh talak ustaz?
yg ke tiga, jika pukul 6,00 awk xsmpi sy cerai kn awk tp jam di tgn sy mnujk kn 6;03pm,tp di rumah 05;58pm,.adakah jtuh ustas?
dn ygdn yg ketika perasaan was2 sy smkin jelas,.yg meragui suami ade wanita lain..dia dgn jelasdn waras dia lafaz kn "klu ada sy ni perempuan lain dlm hdup sy jgn kn talak 1 talak 3 sy cerai kn awak..,tp selang 7 bln suami selalu mnghungi rakan baik sy pada awl nya sy tgok suami guna kn bhsa kau aku dgn rakan baik sy.. tp selama sy blik kp suami sy kerap hungi rakan sy dgn alasan utk memujuksy,. tp brubah dgn "awak saya... maaf ustaz trlalu bnyk ksangsian sy tntang ini,.. mhn ustaz bantu sy cara mnyelasai kn nye,..wasalam,...
File Upload:
Salam

Harubiru saya nak jawab soalan ini..

saya nasihati puan bantulah suami puan itu untuk lebih mendalami ilmu agama, khasnya ttg perkahwinan dan talak ni. Agar tidak berulang kesalahan yang sama.

Suami yang selalu bermain dengan kata talak, adalah tidak berilmu, jahil dan tidak sabar dan tidak betah untuk menguruskan rumah tangga. Kena disekolahkan dahulu, diberikan ilmu dan iman agar dia lebih tahu erti tugas dan tanggungjawab sebagai suami.

Itu yang saya dapat jawab. Yang ditanya itu, maaf saya tak reti nak komen.

tk

Visitor IP: 175.142.117.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA