Wednesday, September 30, 2015

Soalan: berkenaan lafaz taklik

Nama*:siti
Tajuk*:berkenaan lafaz taklik
Message*:assalamualaikum ustaz,saya inginkan kepastian..semasa bertengkar dgn suami..sy pun meminta cerai...suami pujuk..dan berjanji akan melaksanakan apa yg sy mahukan seperti belajar memandu dan ambik lesen...tolong buat kerja rumah dan sesekali buka dan tengok buku sekolah anak2...jd suami pun tunaikan bab2buat kerja rumah dan sekolah anak2...cuma 1 yg sy masih tunggu die buat...utk belajar memandu dan ambik lesen kereta..dan baru2 ni kami bertengkar lg...dan sy mengungkit pasal taklik tu...dan meminta dilepaskan sekali lg dan suami pun menyatakan untuk berpisah buat sementara waktu...mcmana hubungan kami ustaz..adakah sudah jatuh talak..kerana suami menyatakan supaya mentuntut di mahkamah syariah kalau betul sy inginkan penceraian
File Upload:

Salam

Saya tidak pasti adakah suami yang membuat taklik atau tidak pada awal pertengkaran itu?

Jika suami sekadar mengaku atau mengiyakan sebegitu sahaja tanpa ada kesungguhan atau niat, ia tidak terjadi lagi taklik. Taklik adalah hak suami dan suami sendiri menentukan ia taklik atau tidak..

Puan, takkanlah soal lesen memandu pun nak gaduh.. tak elok tu.. nanti suami dah pandai memandu ke lain pula dia pergi.. lagi bahaya.. hehehe

tk
Visitor IP: 115.134.180.243

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA