Nama*: | Hawa |
Tajuk*: | Talak di Whatsapp |
Message*: | As Salam Ustaz, Saya nak tanya, Kalau suami saya yang sedang marah menghantar whatsapp message dengan melulis perkataan Talak Talak Talak . Adakah jatuh talak dan berapa talak jatuh satu atau tiga. Kemudia setelah dia cool down dia dengan selamba mengatakan yang dia tidak berniat untuk menceraikan saya dan hanya untuk menakut-nakutkan saya dan mendatangi saya seperti biasa. Saya ingin merujuk perkara ini di mahkamah, namun suami saya enggan memberikan kerjasama. Mohon kalau ustaz dapat memberikan penjelasan bagi perkara ini. Bantuan ustaz saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. |
File Upload: |
Tulisan melalui wassap itu adalah sah dan boleh menjatuhkan talak.
Dalam kes ini, tulisan TALAK yang diulang tiga kali adalah lafaz yang kabur (kinayah). Memang ia boleh difahami sebagai 'aku talakkan kamu' dan boleh juga difahami ia hanyalah satu pernyataan 'talak' tanpa dikaitkan untuk mentalakkan isteri.
Jika pengakuan suami bahawa dia tiada niat untuk talak, saya kira terimalah kenyataan suami itu.
Sila rujuk juga ke pejabat agama bagi mendapat penjelasan lanjut.
tk
Visitor IP: 107.170.166.118
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.