Tuesday, September 29, 2015

Soalan: rujuk

Nama*:fazli
Tajuk*:rujuk
Message*:assalamualaikum,..sya nk bertanya kpada ustaz,
sy tgh marah pada istri ade sebab tertentu,scara x sengaja sy terlafaz kata cerai nama istri 'aku cerai kau talak 3',ketika itu isteri tgh mgandung 1bulan lebih,istri tiba2 kmas pakaian bawa ank2 dan trus balik ke umah org tua'y pada mlm tu jgak,k'esokan sy pergi ke rumah org tua'y,jumpa istri sy,sy memohon maaf dan ingin merujuk istri balik ke rumah,isteri sy memaafkan sy,dan kmi berbaik smula,sy bwa isteri balik ke rumah.,! persoalan sy ustaz,adakah sah sy rujuk isteri semula?jika x sah,bolekah sy kahwin isteri sya slepas habis bersalin!?sy xnk b'pisah dgan isteri dan anak sy msih kecik bru 2thun apalagi ank yg di dlam kandungan ibu'y....!
File Upload:
Salam

Salam

Jika sahih dan jelas sebutan suami 'aku cerai kau talak 3', bererti perkahwinan ini tidak boleh lagi dirujuk. Ia telah terjadi talak tiga dan rujuk yang dilafazkan itu adalah tidak sah dan tidak valid.

Saya nasihatkan saudara membawa kes ini ke mahkamah bagi mencari jalan penyelesaian atas kebijaksanaan para hakim.

tk

Visitor IP: 107.167.112.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA