Tuesday, September 29, 2015

Soalan: Lafas cerai & penderitaan

Nama*:Ezah
Tajuk*:Lafas cerai & penderitaan
Message*:Salam ustas..

Nama saya ezzah. Saya berusia 30 tahu.
Dan saya di kurnia kan 5 orang anak.
Saya pernah berkawin sebelum ni dan bercerai.(bekas suami penagih dadah.)
Perkawinan pertama saya di kurnia kan 2 orang anak.
Dan perkawinan kedua saya di kurnia kan 3 orang anak.

Perkawinan kedua saya dah 9 tahun sekarang.
Tapi ustas..
Perkawinan saya kali ini besar ujian saya ustas..

1- dia selalu maki hamun saya di depan orang ramai.
(jatuh kan maruah saya)

2- dia selalu ungkit kisah lama saya dengan bekas suami.
(Kau ni bodoh la kawin dengan penagih dadah.)

3- dia selalu tengking saya dan ucap kan perkataan yang menyakitkan hati saya ( kau bodoh, kau sundal, kau pelacur, kau janda bodoh)

4- dia selalu saja panggil saya dengan nama mak janda walau pun depan anak2 dan orang ramai. ( eh janda. Eh makjan. Eh janda bodoh.)

5- dia selalu ucap kan perkataan seperti (bapak kau kat dalam penjara tau.)
Dengan anak2 saya (anak tiri dia)

6- dia selalu buat saya seperti patung untuk puas kan nafu dia.
Dia dah puas je dia mula carik pasal dengan saya.
Dia tak kira kalau saya kata saya penat sangat. dia tetap jugak puas kan diri dia.

Saya tak mampu nak cakap pape. Setiap kali saya cuba bersuara dengan baik supaya dia tak sakit kan hati saya atau anak2 saya. Saya di maki hamun.
Sampai saya jadi takot. Dia tk pernah pukul bantai saya ustas..
Tapi dengan kata-kata dan ucapan yang keluar dari mulut dia selalu saja sakit kan hati saya. Sampai saya selalau saja menangis..

Dia seorang yang suka berjudi. Setiap kali dia berjudi kalah je saya di maki teruk ustas..
Saya hanya mampu bertahan selama 5 tahun.
Dah saya amik keputusan untuk bercerai dengan dia.

Saya kumpul mak bapak saya dan mak bapak dia dan makcik saya sebagai saksi.
Saya mula berterus terang tentang perangai dia terhadap saya dan jujur saya kata kan saya terlalu siksa hidup dengan dia selama 5 tahun. dan mintak dia lepas kan saya dengan cara baik. (Dia tidak cerai kan saya.)

Selepas berterus terang. Dalam 2-3 hari selepas tu saya amik keputusan untuk keluar dari ruma.

Saya keluar dari ruma tu dengan 5 orang anak2 saya.
(Dia tak tahan saya dan anak2)

Saya cuba call dia cakap baik-baik supaya dia file kan cerai.
Tapi dia kata: (aku tak akan cerai kan kau. Aku nak kau merana)

Selepas saya keluar dari ruma. Dia langsong tak carik atau tanya kabar saya.
Bila saya msg tanya dia nafkah anak2 tolong la kasi.
Dia mati kan diri. Saya amik keputusan untuk file kan ke makamah. Tapi dia tidak hadir kan diri.

Dia cuma antar sms: (aku tak akan cerai kan kau sampai bila bila..
Aku nak hidup kau merana.)

Dan perkara ini terus jadi senyap selama 4 tahun ustas..
Saya di biar kan tampa nafkah zahir dan batin.

Dan baru-baru ini saya buat keputusan untuk balik ke rumah tu.
Dan saya nampak ada sedikit perubaha di atas diri dia. Jadi saya buat keputusan untuk tinggal semula di ruma ini.
(Anak2 masih di ruma orang tua saya)

Sekarang dah nak masuk 2bulan saya balik semula di ruma ni.
Dalam masa 1 bulan alhamdulillah dia dah tak maki atau guna perkataan kasar kat saya.
Tapi. Hari demi hari saya rasa seperti ada yang tak kena. Saya perhati kan dia asik tak ada duit je.. tapi hari-hari keluar berkerja.
Kuasa allah saya ternampak yang dia masih berjudi.
Saya tegur dia dengan baik.
(Kalau kau sayang kan aku dan anak-anak.. berhenti la main judi hidup kita tak berkat tau.)

Dia mula marah.. dan mula mengungkit kisah lama saya dan bekas suami pertama saya: (kalau bekas laki kau tu bukan penagih dadah dan tahu tanggung anak. Aku pun tak payah nak berjudi. Ni kau dah balik aku kena tanggung makam minum kau lagi)

Saya jawab: dia dah memeng penagih dadah dan dia pun di dalam penjara. Tak payah la ungkit kisah lama aku lagi.

Dia jawab: pak duda kau tu pandai cerai kan kau.
(Kalau aku la.. aku jatuh kan kau talak 3 terus.)

Saya terus ucap kan terima kasih akhirnya kau cerai kan aku jugak kan alhamdulillah...
Dan saya terus masuk bilik dan konci pintu.

Dia antar sms kat saya dia kaya:
- (aku tak sebut cerai kan)
- (lagi pun tak ada saksi pun tak pakai)


Tolong saya ustas.. saya dah tak tahu apa maksud perkawinan saya sekarang..
Tolong jelas kan apa kan kami masih suami isteri???
File Upload:
Salam Puan..

Sedih saya mendapat tahu kisah puan.

Dari dialog yang dikemukakan, saya pasti suami puan tidak lagi melafazkan cerai ke atas puan. Puan masih lagi menjadi isterinya yang sah. Dia hanya sebutkan, kalau akulah, aku akan ceraikan talak tiga terus.. Lafaz ini tidak sah untuk disabitkan terjadinya talak.

Oleh kerana kesulitan yang berpanjangan, saya nasihatkan puan membawa kes ini ke mahkamah dan memohon mahkamah untuk tebus talak. Ini kerana suami yang masih tegar berjudi, tentunya dia tiada tangunggjawab agama dan pendidikan kepada anak-anak puan. Eloklah dipisahkan perkahwinan yang hanya menginayai isteri dan anak-anak.

tk

Visitor IP: 103.252.200.188

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA