Sunday, September 13, 2015

Soalan: tahi anjing di belakang rumah


Nama*:fiezah
Tajuk*:tahi anjing di belakang rumah
Message*:Salam ustaz...
Saya ada soalan tentang najis berat...
Begini,belakang rumah saya, tanahnya telah di simen oleh pemaju..so, suadah tiada lagi permukaan tanah...semuanya simen..
Belakang rumah saya ni ada kucing liar...kucing tu berak di atas sinen dibelakang rumah saya..byk tahinya..malah ada yg sudah kering..
Kemudian,satu hari saya terlihat anjing sedang berak dibelakang rumah sqya..saya jadi risau...dan hampir setiap hari,semakin byk najis kucing bercampur najis anjing...saya tak pasti sbb saya hanya nampak sekali je anning berak...yg selebihnya kucing..
Aunty india sebelah rumah beritahu,ada anjing yg berak..
Saya pun tak pasti samada nak percaya atau tidak..
Dan pagi semalam, ibu saya telah menyapu najis najis itu dengan menggunakan penyapu rumah..bersih dah..
Kemudian, ibu hanya basuh penyapu guna sabun biasa+air sahaja...saya sebelum ni dah beritahu ibu...ke ibu lupa...saya tak pasti..
Kemudian,penyapu yg basah itu ibu sapu pula lantai dapur..aduh.macam mana ni...
Saya ada terbaca bahwa yg perlu disertu adalah jika terkena air liur anjing / bekas air yg diminum oleh anjing...ini berdasarkan dari hadis Rasullullah saw...
Tapi mengikut mazhab 4, ada mazhab yg mengatakan anjing bukan najis & air liurnya najis serta perlu disertu...
Harap ustaz dpt bantu saya...risau ni... Sebab saya tak sucikan penyapu, lantai dapur dengan air bercampur tanah...:(

Apa pendapat ustaz? &  apa perlu saya lakukan...
File Upload:
Salam

Najis yang perlu dibersihkan apabila ada jisim najisnya, atau bau atau rasa.. Jika ada najis kucing dan anjing, maka kenalah dibuang najis itu dan dibasuh dengan kaedahnya.

Bagi kes ini, memadailah disapukan dengan penyapu dan disertakan sekali dengan air tanah. Air tanah itu memadai dengan tanah atau debu yang ada di lantai itu untuk dijadikan basuhan.

JIka sapuan itu 7 kali, maka ia sudah memadai.

Penggunaan penyapu bekas basuhan itu tidak menjadi masalah. Tidaklah perlu menyertu pula dapur puan.

Memadai dengan lap atau mop untuk dibersihkan.

tk

Visitor IP: 1.9.102.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA