Soalan: jatuh ke talak
Nama*: | Hamba Allah yang Was Was |
Tajuk*: | jatuh ke talak |
Message*: | Jatuh ke talak jika si suami menceritakan kepada si isteri apa2 lintasan hati ke arah cerai dengan niat untuk mengadu dan menceritakan kerunsingan hatinya?tetapi tiada satu pun satu lafaz soreh yg dikeluarkannya..lebih kepada ayat2 begini..1)abg terasa mcm ada lafaz la sayang tapi itu macam perasaan je,sayang ada dengar ke?
2)abg diganggu oleh lintasan yng menyuruh ke arah itula/cerai
3)selepas menghntr sms..si suami ckp dengan isterinya..abg terasa cam da niat je time hntr td.tapi abg pun xpasti..adakah itu semua boleh membawa kepada jatuhnya talak? |
File Upload: | |
Salam
Tidaklah terjadinya talak... tk
Visitor IP: 183.171.228.132
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.