Wednesday, September 16, 2015

Soalan: Lafas cerai

Nama*:Aisyah
Tajuk*:Lafas cerai
Message*:Assalamualaikum Ustaz,
Saya mempunyai 2soalan.
1: 11/06/2015 suami telah memberi saya msg di aplikasi whatapp dengan lafas " aku ceraikan kau dengan 1talak"
- Dalam masa yang sama saya atau suami tidak membuat pengesahan lafas cerai tersebut di pejabat agama, dan pada 18/8/2015 masih didalam eddah, suami memberi tahu saya melalui aplikasi whatapp "aisyah mulai saat ini aku ruju' kau kembali untuk menjadi isteri ku"
Sejak lafas ruju' tu kami kembali duduk serumah.
Adakah sah semua yang dilafaskan dan adakah talak itu jatuh, kerana pernah saya mendengar ceramah ustaz azhar idrus, manusia yang boleh berbicara, tidak sah lafas sebegitu kerana tidak melafaskan seperti perbicaraan..
Saya musykil.
2: sekembali saya menjalani kehidupan bersama suami sejak lafas ruju' semuanya nampak lancar, tetapi pada 14/9/2015 suami telah menyatakan "kita cerai" didalam perbicaraan didalam talifon.
Saya bertanya kepadanya adakah dia sedar dengan apa yang dia ungkapkan.
Dan dia menyatakan ia, dia sedar.
-Sebab saya diceraikan, katanya perjanjian ruju kepada saya supaya saya tidak menyeman, jika saya menyeman saya akan diceraikan dan dia akan tinggalkan saya. Dan semua itu terjadi atas alasan menyeman...saya rujuk ramai manusia akan maksud menyeman. Sehingga sekarang saya tidak dapat jawapan tersebut. Dan saya sedar suami tidak bahagia dengan saya , katanya hampir setiap hari dia tersiksa dengan kehadiran saya,walaupun saya buat segalanya. Namun hanya kerana menyeman dia ceraikan saya.
Hairannya jika tidak bahagia dan terlalu sakit hati mungkin terhadap diri saya, hampir setiap hari kami bersetubuh.
Ruju' hnya bertahan 28hari sahaja.
Bantu saya ustaz.
File Upload:
salam

Cerai SMS dan rujuk yang dibuat adalah sah dan valid.

Maksudnya telah terjadi talak satu dan telah sah juga rujuk.

Ucapan suami 'kita cerai', tidaklah menjatuhkan talak kerana ia hanyalah satu pernyataan atau tawaran tetapi belum ada penegasan.

Apa yang saya faham pada kes ini ialah status puan sebagai isteri masih lagi sah dan kekal..

Saya tidak faham istilah menyeman.. jika dia tidak bahagia, puan kenalah cari titik kedamaian dan persefahaman suami  isteri.. dua belah pihak perlu berusaha untuk bahagia..

tk

Visitor IP: 64.233.173.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA