Monday, September 14, 2015

Soalan: Berkenaan Akad-Nikah dan Taklik


Nama*:Jo
Tajuk*:Berkenaan Akad-Nikah dan Taklik
Message*:Salam Hormat Ustaz,

Saya nak bertanya..

Seorang kawan di negeri selatan telah diminta bernikah dengan seorang perempuan di negeri utara (kerana sesuatu sebab). Sebelum bernikah si perempuan (janda anak 2) dan pihaknya telah berjanji kepada kawan saya bahawa perempuan tu akan ikut kawan saya setelah bernikah, juga memberikan jaminan bahawa pernikahan tu tanpa bersyarat, iaitu tiada taklik dikenakan kepada kawan saya. Semasa bernikah, berlaku peristiwa-peristiwa tertentu. Kawan saya tanpa dia sedari (fikiran tengah melayang sebab tengah tension masa tu) selepas ijab-kabul telah diminta lafaz taklik. Selepas bernikah si isteri enggan ikut si suami, sebaliknya meminta si suami datang ke utara setiap 2-3 bulan dan cuti beberapa minggu untuk membantu si isteri menguruskan rumah dan anak-anak si isteri. Si suami pada suatu masa telah diberhenti kerja sebab kerap bercuti dan bercuti panjang. Si suami yang berada di negeri selatan pada masa tu telah menganggur lebih 5 bulan dimana si suami tidak dapat pergi membantu si isteri dan tak dapat menghantar wang kepada si isteri dengan anak-anaknya. Pada satu hari si suami dapat surat mahkamah, tuntutan cerai taklik dari si isteri.

Soalan saya di sini;-

1). Adakah nikah yang terdapat penipuan macam tu sah?
2). Adakah sah nikah yang tiada taklik?
3). Ada pendapat yang mengatakan bahawa taklik adalah bidaah?
File Upload:
Salam

1. Nikah yang cukup syaratnya adalah sah walaupun ada sedikit unsur penipuan..

2. Nikah tidak perlu taklik. Taklik itu adalah pilihan kepada suami untuk membuatnya atau tidak. Taklik tidak ada pada isteri...

3. Taklik tidaklah bidaah.. cuma kena dipastikan apakah perlakuan taklik itu sahaja, agar ia tidaklah menyusahkan suami mahupun isteri.

tk

Visitor IP: 183.171.174.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA