Nama*: | Che Soh |
Tajuk*: | Penyakit lintasan hati dan was2 |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz. Rumahtangga saya pernah dilanda masalah. Setelah disiasat ianya berpunca daripada sihir. Isteri saya pernah beritahu bahawa dia akan berasa takut melihat saya terutama ketika hendak bersama. Di samping itu juga saya seorang berpenyakit was-was dan sering mendapat lintasan hati ke arah cer** yang datang tidak mengira masa dan situasi. Pernah suatu ketika rakan saya bertanya keadaan isteri saya. Dalam perbualan tersebut saya berkata kepadanya " Dia(isteri) rimas tengok aku" sebanyak 2 kali disebabkan rakan saya kurang dengar percakapan saya. Pada ketika itu jugalah berlaku lintasan hati. Sepatutnya saya gunakan perkataan takut bukannya rimas. Memang ketika itu saya tak ingat langsung untuk menyebut perkataan takut. Yang terlintas adalah perkataan rimas. Adakah perkataan rimas itu boleh dianggap lafaz kinayah? Sedangkan bila saya rujuk kamus ia tidak membawa makna cer** tetapi bermaksud gelisah, tidak senang hati, resah dll. Saya jadi bingung bila memikirkan perkara ini. Mohon pandangan dan bantuan Ustaz |
File Upload: |
Perdalami ilmu agama dan bab fiqh agar saudara lebih yakin dengan apa yang dipegang... Ilmu dapat membantu keyakinan diri. Banyakkan istighfar dan hindari dosa kecil dan besar..
cuba lawan was was yang mengganggu...
Kes di atas tidaklah sampai menjatuhkan talak.
ia lebih kepada penyakit emosi yang saudara lalui.. ubatilah..
tk
Visitor IP: 1.32.70.66
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.