Nama*: | hamba Allah |
Tajuk*: | cerai talak ke 3 |
Message*: | Assalammualikum ustaz.. saya mempunyai beberapa pertanyaan. Pada 16.07.2015 telah berlaku lafaz cerai dari suami yang berbunyi Aku ceraikan kau talak 2..itu yang saya dengar dengan bersaksi ibu saya.sebelum ini pernah berlaku penceraian talak 1 tapi kami rujuk semula.pada masa itu selepas suami melafazkn cerai dia terus menangis diluar rumah.saya kembali mendapatkan suami untuk menyatakan bahawa kami tiada peluang untuk rujuk semula dan suami terkejut kerana dia menyatakan tidak sedar dan tidak ingat apa yang di katakannya.untuk pengetahuan ustaz suami saya ketika itu dalam keadaan baru mengambil dadah jenis syabu dan telah tidak tidur selama 5 hari.kini kes kami dalam perbicaraan dan setelah mahkamah mendengar keterangan dari suami dan saya kini mahkamah menunggu kenyataan dari ibu saya sebagai saksi.namun mahkamah menyuruh kami daftar rujuk sementara menunggu keputusan tetapi tidak boleh tinggal sebumbung lg.ini seumpama memberi harapan kepada suami dan sy. bantula saya kerana sy ingin lebih bersedia untuk menghadapi keputusan mahkamah.adakah jatuh talak suami kepada sya, |
File Upload: |
Menurut apa yang dapat saya fahami, talak satu telah terjadi dan telah ada pula rujuk.
kemudian talak kali kedua disebut TALAK 2, yang membawa maksud, terjadilah talak tiga.
Pada pengetahuan saya, ia telah terjadi talak tiga ke atas puan. Suami yang mabuk syabu itu adalah sengaja, maka lafaz yang diucapkan adalah valid (sah) di segi hukum.
Walau bagaimanapun, puan kena tunggulah keputusan mahkamah. Terimalah keputusan mahkamah itu sebaiknya...
tk
Visitor IP: 202.129.173.2
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.