Thursday, September 17, 2015

Soalan: Talak Jatuh Atau Tidak

Nama*:Hana
Tajuk*:Talak Jatuh Atau Tidak
Message*:Salam Ustas,

Saya adalah seorang perempuan yang dinikahi di Thailand.
Isteri pertama suami saya. Kahwin diluar sbb tak dpt restu keluarga. tp alhamdulillah sejak 5-Sep-15 ibu sy dan seleuruh keluarga dah restu dan setuju kami berkahwin (mereka masih xtahu yg skami sudah berkahwin)

Soalan : Bagaimanakah proses nikah semula nnt. perlukan sy diceraikan dh dinikhi semula. adakah dikira dlm talak 1 itu.maksugnya tinggal 2 lg talak. (insya Allah klw jd ... akan ada soalan kedua itu yg kata insya allah)

persoalan seterusnya.. dalam masa yg sama.. sy dpt tahu suami sy bersekedudukan dgn peprempuan lain. mereka tggl serumah setelah sebulan suami sy x blk.. (kami tggl asing sbb kahwin rahsia kan. sy tggl dgn mak sy)
satu hari sy pergi rumah tu.. suami sy mengamuk.. dia kata.. 'kau dtg cni ni dh jatuh talak.' lps tu dia suruh sy blk.. then dia kata 'kau jejak lg kaki kesini jatuh talak'

soalan saya. kata2 dia yg pertama tu dh kira jatuh talak ke? sah ke?
sy xtahu apa status sy ekarang sbb dia mendiam diri.

sy mohon doa allah semoga dia diberi hidayah sbb dia suami dan teman yg baik. ini pertama kali dia abaikan sy.
File Upload:
Salam

Puan, Perkahwinan di Thailand itu sah dan puan kekal menjadi isterinya.

Tidak perlu diakadnikahkan semula.. Tetapi jika nak selamatkan keadaan, buatlah kenduri dan buatlah akad nikah semula.. tetapi itu hanyalah lakonan semata-mata kerana status isteri dan suami telah ada pada puan. Tidaklah perlu suami nak kena lafazkan cerai pula..biarlah berlakon untuk memudahkan urusan keluarga seterusnya.

Mengenai kecurangan suami, jika puan memaafkan dia dan boleh menerimanya seadanya, itulah yang terbaik. Isteri perlu berada di sisi suami, jika tidak suami akan melilau mencari makan.. Bahaya tu..

APabila suami melafazkan taklik; jangan pijak rumah ini lagi, jatuh talak' maka taklik itu adalah sah. Maksudnya jika puan ke rumah itu, ia akan menjatuhkan talak satu dengan sebab adanya taklik.

tk

Visitor IP: 175.136.92.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA