Soalan: lintasan hati dalam keadaan mulut ternganga
Nama*: | Suami ragu2 |
Tajuk*: | lintasan hati dalam keadaan mulut ternganga |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..adakah jatuh jika suami ketika itu ada sedikit perasaan marah kepada isteri dan ketika dia sedang melihat isterinya terlintas di hatinya dengan perkataan ini"aku ceraikan dia" dalam keadaan mulut terngaga..tp ketika terlintas kata2 ini si suami sedar dan terus mengeraskan mulut dan lidah.. yakin tiada gerakan mulut dan bibir cuma gerakan lidah tidak berapa yakin(semacam dengar perkataan DIA)..selepas itu si suami trus bercakap kepada isteri2..dah2 jom solat.. |
File Upload: | |
Salam
Tidak jatuh talak..
tk
Visitor IP: 64.233.173.223
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.