Soalan: jatuh talak atau tidak
Nama*: | eqien |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak |
Message*: | Kami ad bergaduh dan suami ad msg sy 'ak nk cerai a dgn ko'...
Sy rase dh jatuh talak pada sy.. Sy ad berbincang dgn suami, die bgtau die btl2 tk tau yg akan jatuh talak kalau die msg mcm tu.. Dan die bgtau die tiada niat utk ceraikan sy.. Ustaz blh tlg jelaskan hal nie.. Samada talak telah jtuh atau tidak |
File Upload: | |
Salam
Mesej berkenaan 'Ak nak cerai dengan kau' adalah tidak jelas dan ia tidak menjatuhkan talak. Perkataan NAK itu seakan bermaksud 'akan datang' dan suami juga tiada niat utk cerai, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan cerai..
tk
Visitor IP: 183.171.162.94
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.