Nama*: | Amira |
Tajuk*: | Talak dikira sah atau tidak |
Message*: | Assalam ustaz.... Saya nak tahu adakah status saya sebagai isteri masih sah atau tidak... Saya pernah bergaduh dengan suami soal bekas kekasih yang juga kawan baik saya...dalam keadaan marah suami menyatakan sekiranya saya berhubung lagi dengan bekas kekasih tertalaklah saya dengan talak 1.... Selepas peristiwa itu saya bertanyakan kepada suami adakah dia benar benar maksudkan talak yang dia lafazkan saat kami bergaduh..suami tidak berniat hanya ingin mengertak saya... Namun begitu,setahun kemudian suami mengetahui saya masih berhubung dengan bekas kekasih,suami marah dan mengungkit kembali tentang lafaz talak yang pernah disebutnya...dan sekali lagi menlafazkan sekiranya saya berhhbung lagi dengan bekas kekasih akan jatuh talak 1 keatas saya... Ustaz,adakah lafaz yg pertama dahulu dikira sah...dan saya was was dengan status saya sebagai isteri |
File Upload: |
Salam
Lafaz taklik suami adalah sah dan jelas sebegitu. Maksudnya suami tidak pernah membenarkan puan berhubung dengan kawan berkenaan, jika masih berutusan maka ia akan jatuh talak.
Suami menyebut gertak, tetapi ia bukan lagi gertak kerana apabila dikaitkan dengan cerai, maka ia melibatkan taklik. Taklik tidak boleh ditarik balik.
Pada pendapat saya, tindakan puan berhubung selepas lafaz taklik pertama dibuat suami telah menjatuhkan talak satu.
Mohon suami untuk rujuk kembali dan nasihatkan usah dikaitkan apa jua hal dengan cerai dan talak lagi.
tk
Visitor IP: 113.210.132.149
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.