Friday, October 10, 2014

Soalan: suami lafaz talak ketika mabuk tanpa niat

Nama*:maria
Tajuk*:suami lafaz talak ketika mabuk tanpa niat
Message*:assalamualaikum ustaz,
saya muskil dgn masalah yg saya hadapi ini..kami pasangan yang baru beberapa bulan berkahwin dan sekarang saya mengandung.suami saya seorang yang suka minum arak. walaupun dia tidak mengapa apakan saya tapi saya x dapat tahan dgn perangai nya itu sbb sebelum ni dia pernah berkata utk berubah tetapi hampa,janji nya hanya palsu.pada suatu malam dia telah balik dlm keadaan mabuk, saya mula mengamuk dan ingin melarikan diri dari rumah. dan pada masa itu dia naik berang dan mengatakan 'kalau kau langkah dari pintu itu,aku cerai kau dengan talak tiga' saya pn menjerit dan menangis ke arahnya..saya tidak kluar pn dari pintu itu. kemudian dia tersedar, lalu memujuk saya...dia kata x berniat pn nak ceraikan sya.. lalu dia menyesal..selepas beberapa minit kemudian suami sya suruh saya keluar ambil rokoknya di dalam kereta..saya berasa amat takut sekali utk keluar selepas apa yang diucapkan oleh suami saya...kemudian dia kata xda apa2..dia izinkan saya pergi kemana mana sahaja. jadi saya menurut perintah nya keluar dari pintu tu pergi ambil rokok.. jadi saya nak tanya apakah lafaz talak yang diucap tadi sah keatas saya?
File Upload:
Salam.

Mabuk dengan sengaja akan melibatkan hokum atas apa yang diperbuat dan diperkatakan. Maksudnya orang mabuk arak, dia sebut ttg cerai, maka ia akan jatuh cerai.

mohn maaf, saya tidak dapat memberi jawapan pada persoalan ini ketika ini..

tk

Visitor IP: 49.50.236.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA