Wednesday, October 8, 2014

Soalan: Isu Nazar

Nama*:Abu Bakar
Tajuk*:Isu Nazar
Message*:Bagaimana isu nazar orang yang tertekan akibat mainan was-was? Peristiwanya begini, seseorang itu mungkin ada masalah was-was yang meminta membuat itu dan ini, dia terpaksa mengikut bisikan-bisikan itu hingga pada satu hari dia tak dapat membuat perkara yang dibisikkan itu, maka dia terlintas atau ternazar, atau mungkin juga bisikan menyatakan bahawa nazar untuk dermakan semua hartanya jika berjaya. Kemudian dia berjaya dengan sekali percubaan sahaja.

Oleh kerana tertekan kerana risau telah bernazar perkara sebegitu, maka dia membuat solat taubat dan berdoa dalam keadaan tertekan bahawa dia dermakan separuh dari hartanya pula.

Lama kelamaan dia sedar bahawa apa yang dibuat itu mengundang masalah kepadanya.

Pertanyaan, apakah terjadi hukum nazar dalam keadaan sebegitu?

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Saudara Abu Bakar, maafkan saya kerana tidak dapat menjawab persoalan ini dengan jelas, saya kurang arif dengan permasalahan yang ditimbulkan.

Mohon maaf, tk

Visitor IP: 202.162.7.36

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA