Nama*: | Anak Mama |
Tajuk*: | Keliru |
Message*: | 2007-Sewaktu hamil 6 bulan suami melafaz talak tiga tanpa saksi setelah berlaku sedikit salah faham. Demi kasih kan anak-anak saya buat tak endah dan masih tinggal bersama suami. 2009-Hamil anak kelima usia kandungan 7 bulan, suami lafaz talak tiga atas sebab cemburu dan sikap ego lelaki yg tinggi. Walaupun sedar talak sudah jatuh, saya rela pendamkan prasaan demi anak-anak. Cukuplah hanya saya yang tahu bagaimana perasaan tanpa seorang ayah di sisi sejak kecil. (Ibubapa saya bercerai sejak saya berumur 2 tahun) Saya masih lagi tinggal serumah dengan suami hingga kini dan masih tetap berhubungan walaupun jauh dilubuk hati saya, saya meragui status hubungan ini. Saya telah memberitahu suami agar merujuk ke mahkamah syarie tetapi dia enggan. 2014-Suami melafaz cerai talak tiga dua kali pada hari yang sama. Pertama tanpa saksi dan kali kedua di depan anak saya yang sulung berumur 14 tahun. Hati saya hancur. Hanya Allah yang tahu. Saya masih tetap dengan pendirian saya. Saya tak sanggup tengok anak saya seramai lima orang membesar tanpa ayah/ibu. Utk pengetahuan juga suami seorang yang panas baran dan kaki pukul. Terus terang saya masih sayangkan suami saya tetapi saya tidak dapat menerima apa yang telah dia lakukan tambahan lagi dia tak mahu merujuk kes ke mahkamah. Tolong lah ustaz...apa yg harus saya lakukan? |
File Upload: |
Puan, terima kasih kerana sudi berkongsi di sini.
Besar dugaan puan.
Pada pendapat saya, lafaz talak tiga pada yang pertama kali disebut itupun sudah cukup untuk menjatuhkan talak. Talak tidak perlukan saksi, ia cukup dengan suami melafazkan CERAI dengan dia bersendirian atau berhadapan dengan isterinya, maka jatuhlah talak.
Saya menasihati puan agar bawalah kes ini ke pejabat agama bagi menentukan status sebenar puan. Memang kita perlukan suami dan anak-anak perlukan bapa, namun hokum agama juga perlu dijaga dengan sebaiknya. Berusahalah untuk mentaati Allah dan ajaran agama..
tk
Visitor IP: 202.152.86.234
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.