Soalan: MUSKIL DENGAN UCAP CERAI
Nama*: | AISYAH |
Tajuk*: | MUSKIL DENGAN UCAP CERAI |
Message*: | saya ada masalah rumahtangga hampir setahun lebih..tiga empat bulan lepas...suami kerap ucap
1. " klu macam nie gayenye..baik bercerai aje...tp ingat... bila dah cerai..nafkah anak abang tk bg sebab tak mampu"
2. " klu abang cerai kan awak.."
itu lah sering kali dia cakap bila dia marah atau tak puas hati kat saya...lebih dari 10 kali dia cakap mcm tu...dia lafaz kata-kata tu dalam keadaan yang waras...saya tak ambil peduli sebelum nie apa dia cakap..tapi sebulan lepas..saya ada terbaca dekat suratkhabar berkaitan kes mcm saya nie..ustaz tu suruh rujuk pejabat agama...itu membuatkan saya untuk bertanya dahulu berkaitan perkara ini...suami saya ini terlalu cemburu...macam-macam dituduh saya..
minta tolong penjelasan dari ustaz dahulu berkenaan kemuskilan saya ini....terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Ungkapan suami yang sering sebut cerai itu memang tidak bagus, tidak wajar. Cerai tidak boleh dibuat mainan atau ugutan apabila bergaduh..
Lafaz di atas dikaitkan dengan KALAU macam ni... pada penadapat saya, ia tidak menjatuhkan talak. KALAU tu adalah satu perkaitan dan bukan lafaz terang utk talak.
tk
Visitor IP: 1.9.103.152
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.