Wednesday, October 15, 2014

Soalan: Isteri keliru lafaz suami ketika marah

Nama*:darapujaan
Tajuk*:Isteri keliru lafaz suami ketika marah
Message*:Saya ingin tahu mengenai lafaz kinayah berkaitan talak. Saya dan suami bertengkar. Suami marah dan meninggikan suara dengan berkata: "Kalau dah tak nak jaga anak, keluar dari rumah ni...aku tak nak tengok muka kau lagi...jangan berani jejak kaki kat rumah ini lagi..."

Suami berkata demikian secara berulang-ulang. Kemudian, apabila suami dah reda, saya dan suami berbaik semula. Suami kata: "Abang sayangkan awak...jangan buat lagi tau."
Kemudian saya tanya suami melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), sama ada dia tidak mahukan saya lagi atau memberi amaran. Katanya, dia sayangkan saya dan ucapan itu hanya amaran.

Selang tiga hari, saya dan suami bertengkar lagi. Suami marah kerana saya memalukan dan menjatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya. Suami marah dan terus berkata seperti berikut:


i-"Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni."

ii-"Pergi balik ke rumah mak ayah kau."
iii-"Tak ada kau pun aku boleh hidup la...aku boleh hidup tanpa kau."
iv-"Kang aku hantar kau balik kampung kang."
v-"Abang telefon ayah kau sekarang...suruh dia datang ambil kau."

Apabila sudah reda, saya mesej suami dan bertanya mengenai ucapan suami itu. Dia membalas mesej berkenaan seperti berikut: "Bukan yang tu (cerai)...abang hantar balik kampung...nanti abang ambil balik...abang tak ada niat tu la"

Soalannya, adakah situasi berkenaan boleh terjadi jatuhnya talak?
Mohon penjelasan daripada uSTAZ
File Upload:
Salam..

Ini semua adalah lafaz kinayah yang boleh menjatuhkan talak jika suami berniat cerai pada ketika itu. Jika suami tiada niat, selamat lagi perkahwinan ini. Puan perlu yakin dan percaya dengan pengakuan suami, jika suami kata dia tiada niat cerai, maka tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA