Sunday, October 5, 2014

Soalan: cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi

Nama*:laila isabela
Tajuk*:cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi
Message*:salam ya ustaz.

Situasi dibawah ini adalah rententan lafaz2 cerai yang dibuat oleh suami kepada isterinya .

kes 1 - suami melafazkan cerai , dgn berkata " aku ceraikan kau lah ' selang seminggu , suami melafazkan rujuk , abang rujuk dgn sayang .

Kes 2 - Suami melafazkan cerai , dgn berkata " kau memang nak sagt aku ceraikan kau " , selang takberapa jam selepas itu. Suami melafazkan rujuk .

Kes 3 - Suami melafazkan cerai tanpa jelas , isteri cuma mendengar perkataan cerai dari suami , dan tidak pula meminta suami mengulang ayatnya kembali. Tetapi si isteri ada berkata pada suami kalau abang cerai kali nie kali ke tiga lah talak tiga tau tak. Isteri pada masa ini hamil 7 bulan.

soalan : apakah status pasangan suami isteri nini adakah mereka sudah jatuh talak 3. yang melibatkan kes dalam situasi ketiga.

terima kasih
File Upload:
Salam

1. Telah jatuh talak satu dan dirujuk kembali.. bererti telah berlaku satu talak.

2. Ia tidak jatuh talak sebab lafaz itu tidak jelas dant idak disebutkan talak secara sah. Tidak berlaku talak kedua (masih dalam talak satu) Rujuknya juga tidak sah sbb tiada cerai...

3.  keadaan ini perlu dipastikan, apa sebenarnya disebut suami. Puan minta penjelasan sama ada suami menceraikan puan atau hanya sebut eg. kalau aku ceraikan engkau padam muka kau.... kerana lafaz Kalau kalau tu, tak jatuh talak lagi.. sila dapatkan penjelasan daripada suami.

Pada kes ini, saya berpendapat telah jatuh talak 1 dan telah dirujuk.

tk


Visitor IP: 60.48.166.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA