Soalan: sahkah perkataan cerai
Nama*: | nur |
Tajuk*: | sahkah perkataan cerai |
Message*: | Salam.sya nak bertnya..selama 4 tahun sy berkhwin dgn suami..suami tidak pernh memberikan nafkah zahir pada sya..barang kperluan anak semua ditgan sya..sehingga sekarang.dn suami saya kaki judi mesin.duit mas khwin sya pun dia ambik..baru2 nie dia tuduh saya ada lelaki lain. sedangkqn tu kawan kerja saya.dan dia ckp dia akn ceraikan saya bila dia berjmpe dgn kawan lelaki sya..suami suruh sy ceritakan pada family sya dan dia akn ceraikan sya..apakah prkataan cerai tu sah.. |
File Upload: | |
Salam Puan, ugutan suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah lafaz talak itu disebut secara jelas.
Puan kena bantu suami puan untuk lebih bertanggungjawab dalam hal ini. DIa perlu diberi pengajaran dan lebih bertanggungjawab pd rumah tangga.
tk
Visitor IP: 113.210.3.218,64.233.173.132
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.