Thursday, October 2, 2014

Soalan: BAGAIMANA samak barangan elektrik 2nd hand

Nama*:NUR ATIKAH
Tajuk*:BAGAIMANA samak barangan elektrik 2nd hand
Message*:Assalamualaikum w.b.t ustaz,

saya seorang pekerja sementara di sebuah kedai yang menjual barangan elektrik 2nd hand.

soalan saya,

1)Adakah perlu saya samak barangan yang tidak pasti asal usulnya iaitu peti ais dan juga mesin basuh(mungkin owner sebelum ni memakai pakaian yang terkena najis seperti anjing kemudian basuh baju mereka ke dalam mesin basuh ini)?


2) Apakah hukum jika saya menjual barangan tersebut kepada masyarakat Islam yang lain?

3) Bagaimana pula dengan pendapatan yang akan saya perolehi nanti? Adakah halal di sisi Islam? adakah saya termasuk dalam kalangan orang yang bersubahat dalam perniagaan ini?

4) Bagaimana cara yang sesuai untuk saya menyamak barangan di dalam kedai ini?

5) Dan yang terakhir, bagaimana pula dengan barangan yang telah di jual sebelum ini? perlukah saya memberitahu mereka agar menyamak barangan yang mereka telah beli?

Ini kerana ada pihak yang mengambil berat dan ada pula yang tidak kisah tentang perkara ini dan terus membeli.

saya sebagai pekerja yang cetek ilmu ini ingin memohon pandangan ustaz mengenai perkara ini.Saya amat berharap ustaz dapat memberi pandangan yang jelas menurut ISLAM.

ISLAM itu INDAH

TERIMA KASIH :)

* bolehkah ustaz e-mail kan jawapan kepada saya di alamat ini.
n_atikah99@yahoo.com.my
File Upload:

salam.

1. Tidak perlu disamak barangan itu kerana tiada najis hukmi yang kelihatan. Dalam Islam, jika dipastikan ada najis baharulah wajib dibersihkan jika tiada, tidak perlu berfikir jauh pada benda yang tidak pasti..

2. Bila bersih, maka bersihlah jualan itu...

3. Bila bersih jualan, halallah pekerjaan itu


4. Tidak perlu samak selagi tidak dipastikan betul betul benda itu bernajis..

5. hehe.. biarkan je... apa nak dirisaukan... hehe..

Visitor IP: 60.50.95.39

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA