Soalan: talak
Nama*: | amran yaakob |
Tajuk*: | talak |
Message*: | assalamualaikum ustaz
seorang suami yang meminta isterinya melepaskannya kerana merasa tertekan dan tidak bahagia dalam perkahwinan lalu isteri bersetuju dengan permintaan suami, maka persoalaannya, adakah talak keatas isteri berkenaan telah jatuh pada saat isteri tersebut bersetuju pada permintaan suaminya?
saya naif tentang perkara ini, pencerahan amat dihargai. terima kasih. |
File Upload: | |
Salam
Kurang jelas soalan ini, maaf saya tidak dapat beri pendapat.
Cuma begini, jika suami menawarkan untuk bercerai dengan lafaz yang jelas dan isteri berstuju dengan tawaran cerai itu, maka ia boleh menjatuhkan talak.
tk
Visitor IP: 14.192.214.87
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.