Tuesday, October 28, 2014

Soalan: ragu ragu tentang lafaz talak ke 3 oleh suami

Nama*:ibu kompius
Tajuk*:ragu ragu tentang lafaz talak ke 3 oleh suami
Message*:assalamualaikum ustaz,sy sgt konfius,takut,malu dgn Allah tntg ape yg tjadi pd sy dan suami...kami pernah bcerai 2x,1st pceraian kami report pjbt agame dan rujuk smule,,kali ke 2, suami suami cerai dan rujuk diluar mkmah..dan kali ke3 kami btgkar dlm keadaan sy sdg mengantuk yg amat sgt...tp sy mmkse dan mcabar suami untuk ceraikan sy...lalu suami pn kate "kalau mu nk sgt,aku cerai mu!!" dlm keadaan yg sgt mrh dan tercabar,, lps tu kami berbaik dan mencari info tentg status kami,sy masih konfius,,skrg kami masih sbmbung,dan mjlani rutin sperti biasa..adakah sah talak terakhir yg dilafazkan suami sy uztaz...minta kbuntuan saye ustaz bley pjelaskan..terima kasih..
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, perkataan suami sebagai menjawab cabaran dan permintaan puan itu boleh menjatuhkan talak. pada kes ini, ia terjadi talak tiga.

Beginilah, puan bawa kes ini rujuk ke pejabat agama agar ia lebih jelas dan sah ikatan perkahwinan ini ..

tk


Visitor IP: 183.171.161.105,70.39.187.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA