Thursday, October 30, 2014

Soalan: keliru dengan pertanyaan suami mengenai talak dah sah ke?

Nama*:ibu yg masih kompius!!
Tajuk*:keliru dengan pertanyaan suami mengenai talak dah sah ke?
Message*:assalammualaikum ustaz,sye msih keliru dan ingin perbetulkan pertanyaan sye tempoh hari,,suami mgatakan tiada niat lgsg utk mjatuhkan talak thadap sye,ttapi dia dlm keadaan terpaksa myebot "aku cerai mu" atz sbb tertekan dengan paksaan sye,dye pn myebut "aku cerai mg" utk mmuaskan hati sye skaligus dia mharap keadaan mjadi reda sketika krane risau saye mgamok2 xtentu hala,sbb mse 2 sye msh dlm berpantang...dye ingt sye mroyan jd tpkse die bkate demikian,tp sblm pkataan cerai disebut,dia ad bertanyakan soalan dgn nada sgt kasar dan tertekan "sungguh mg nk?? dh kalau mg nk sgt,aku cerai mu.." adakah jatuh talak wlaupun dia xde niat,cume niatnye hny nk puaskan ati saye krane tlalu mdesak n takot saya meroyan...bagaimana ustaz?
File Upload:ragu ragu tentang lafaz talak ke 3 oleh suami.uhtml

Salam Puan

Berapakah tahap 'paksaan' yang boleh dikatakan 'terpaksa' oleh suami untuk menjatuhkan talak dan talak itu tidak sah?

Jika suami diajukan pistol di kepala dan memanglah lafaz talak suami itu tidak sah.

Jika sekumpulan samseng mengepung suami dan mengugutnya pula, maka tentunya lafaz talak itu tidak sah.

Jika isteri pegang parang dan nak ugut suami supaya minta diceraikan, tentunya ia tidak sah kerana suami bimbang dengan keselamatan dirinya dan keselamatan isterinya juga...

Jika isteri dibimbangi meroyan oleh kerana disedari isteri mmg panas baran yang tidak boleh dikawal lagi, maka lafaz cerainya juga tidak sah. Tetapi ia hendaklah dipastikan benar-benar terdesak dan terpaksa atas tujuan meredakan keadaan semata-mata.

Pada kes puan ini, puan kena pastikan daripada suami, adakah situasinya ketika itu benar-benar terdesak dan terpaksa.. Jika ia, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 115.164.59.255,70.39.187.78

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA