Soalan: Talak jatuh atau tidak
Nama*: | Amira |
Tajuk*: | Talak jatuh atau tidak |
Message*: | Assalam...saya pernah bergaduh dengan suami soal bekas kekasih...dia marahkan saya sebab masih berhubung dengan bekas kekasih walaupun hanya sekadar kawan...dan suami katakan kepada saya sekiranya saya masih berhubung dengan bekas kekasih dia jatuhkan saya talak 1..... Selepas peristiwa tu saya ada bertanyakan suami tentang lafas yang dia katakan itu adakah dia benar benar niatkan talak tersebut...suami menyatakan tidak..dia hanya mengertak saya... Selepas setahun dia tahu saya masih berhubung dengan bekas kekasih dia marah dan mengungkit kembali lafas talak tersebut....jadi saya ingin penjelasan tentang lafas tersebut adakah ianya dikira sah...dan saya merasa was was dengan status saya sebagai isteri.....mohon pencerahan |
File Upload: | |
Visitor IP: 113.210.132.149
Follow @emfteam on Twitter |
FacebookPowered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.