Tuesday, September 30, 2014

Soalan: talak dan rujuk tanpa izin wali

Nama*:nik
Tajuk*:talak dan rujuk tanpa izin wali
Message*:As Salam,

saya berkahwin dengan bekas suami di
sempadan thai sebab poligami, kami bernikah di
masjid majlis agama islam songkhla dan kami
juga telah membuat pengesahan di konsulat.
tetapi kami belun mendaftar di Malaysia.
beberapa bulan kemudian suami saya
telah menceraikn saya dengan talak 1 ketika
berlaku pergaduhan kecil..dalam tempoh iddah
kami ada b'setubuh dan dia juga ingin rujuk
balik dengan saya. saya bersetuju dan kami
bercadang ingin prgi smula kesana utk bt
pgesahn cerai dan rujuk. tetapi.smpai hbs iddah
kami belum pergi sehingga setahun. suami telah
memberitahu isteri petama yg kami dh bnikah
tetapi isterinya mengamuk dan untuk meredakn
kemarahan.istrinya dia mgatakn kami telah
b'cerai. untuk memisahkn kami bersdua
isterinya telah melaporkn kpd org tua saya.
akibatnya ayah saya.tidak mengizinkan kami
rujuk balik sedang kami berdua ingin b'sama
blik.pada masa yang sama kami jg tlh
bersetubuh slps itu. saya tidak dibenarkn b'jmp dgn bks suami selepas itu.

persoalanya:

1. adakah sah rujuk kami yang pertama?
2.jika sah, adakah jatuh talak bila suami
mengatakan telah menceraikan saya pada
isterinya?
3.jika jatuh talak, adakah kami boleh rujuk balik
tanpa izin wali dan istri pertama?atau..
4.bolehkah kami bernikah semula tampa izin wali dan istri pertama selepas habis tempoh iddah?

sekian terima kasih
File Upload:

Salam Puan

1. Rujuk perlu dilafazkan oleh suami, eg suami ajak puan kembali semula menjadi isterinya yang sah.. bila dia ajak dan sebutkan, maka sahlah rujuk itu walaupun tanpa wali atau saksi.

2. Hukum talak dan rujuk adalah sah disegi agama... ia tidak perlu didaftarkan ke pejabat agama, sah tetap sah. cuma perlu didaftarkan di Malaysia bagi tujuan pengesahan dari sudut undang-undang.

Pengakuan suami mengatakan dia telah ceraikan puan tidak menjatuhkan talak selagi suami tidak melafazkan talak yang jelas untuk menceraikan puan. Pengakuan seperti itu hanyalah satu helah sahaja.

3. RUjuk tidak perlukan wali, wali hanya diperlukan untuk nikah sahaja. isteri pertama juga tidak perlu mendapatkan kebenarannya.. (dari segi hokum, cuma keizinan dan pemakluman adalah perlu - dari sudut kemanusiaannya)

4. Apabila tamat tempoh edah, puan perlu dinikahkan kembali (kena ada wali, saksi dan mas kahwin) walaupun tanpa izin isteri pertama..

tk

Visitor IP: 115.164.63.184,141.0.10.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA