Soalan: Ucapan cerai
Nama*: | Sayed |
Alamat Email: | sayed_17id@yahoo.com |
Tajuk*: | Ucapan cerai |
Message*: | Salam ustads,
Saya mau bertanya mengenai perceraian,
Saya pernah bertengkar dengan istri,ketika saya dalam keadaan marah,saya menyuruh istri untuk mengikuti kemauan saya,
Dan saya mengeluarkan perkataan,kalo kamu tidak bisa patuh atau mengikuti keinginan saya,maka kita cerai
Dia tidak sanggup melakukan permintaan saya,dan ketika berbincang hati saya mulai sejuk dan menarik balik perkataan itu,adakah cerai yg saya ucapkan itu sah dan jatuh talak?
Mohon jawaban nya ustads |
File Upload: | |
Salam
Daripada apa yang saya faham, kes ini tidak menjatuhkan talak atau cerai.
Ia juga tidak termasuk dalam taklik kerana isteri tidak mahu mengikuti permintaan suami pada lafaz berkenaan.
terima kasih.
Visitor IP: 36.86.0.69
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.