Soalan: status perkahwinan
Nama*: | liza |
Alamat Email: | khatysalim076@gmail.com |
Tajuk*: | status perkahwinan |
Message*: | suami telah melafazkan cerai taklik dengan berniat dihadapan saksi (anak 20 thn )...sye telah ingkar..bagaimana pula kami tidak pernah rujuk dan hanya berdiam saja sehingga tempoh dari sya ingkar sudah melebihi 6 bulan....sye runsing dan buntu kerana setiap kali saye ajukan kepada suami dia hanya berdiam sahaja...dan apakah tindakan selanjutnya yang saye perlu buat |
File Upload: | |
Salam
Jika puan pasti bahawa terjadinya cerai/ talak dengan sebab taklik, maka puan dan suami adalah bukan suami isteri lagi. Setelah enam bulan suami masih juga berdiam diri lagi, bereerti ia tealh tamat empoh edah. Suami puan perlu berakad nikah semula dengan puan jika ingin meneruskan kehidupan sebagai suami isteri yang sah.
Mohon dirujuk juga ke Pejabat Agama dalam kes ini..
tk
Visitor IP: 124.82.77.39
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.