Soalan: isteri di katakan sebagai bekas isteri
Nama*: | fara |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | isteri di katakan sebagai bekas isteri |
Message*: | salam ustaz..
soalan saya apakah jatuh talak bila seorang suami bercakap pada orang lain mengatakan isteri nya adalah bekas isteri. Walaupun sebenarnya mereka masih lagi suami isteri yang sah. |
File Upload: | |
Salam,
Dia masih kekal sebagai seorang isteri.
Cerai perlu dilafazkan secara jelas seperti lafaz 'aku ceraikan engkau!'
Cuma tidak elok dan tidak kena sama sekali mengatakan 'bekas isteri' sedangkan statusnya masih isteri yang sah. Tidak boleh bermain-bain dalam soal cerai spt ini.
tk
Visitor IP: 175.143.248.208
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.