Nama*: | ayna farhana |
Alamat Email: | no_rain3009@yahoo.com |
Tajuk*: | duduk rumah sendiri dengan suami |
Message*: | As salam Ustaz. Nak minta pandangan ustaz. Saya baru berkahwin 2 bulan selepas tmt pengajian di ipta dan baru menyewa rumah sendiri wlupun ibunya menentang kami dr berpindah. Untuk pengetahuan ustaz ibu mertua saya bekerja dan suami saya menghantar dan menjemput ibunya pergi dan balik ktm kerana ibunya menaiki komuter ke tmpt kerja. Ibu mertua boleh memandu sendiri. Sebelum kahwin saya sudah jelaskan pd suami ingin menyewa rumah sendri kerana sy tidak mahu berduaan dgn adik lelakinya bila suami dan ibu pergi bekerja sdgkan sy masih belum mndpt bekerja masa itu. Suami saya anak sulung, seorg adik lelaki juga sudah berkahwin, seorg adik perempuan sdg belajar di kolej dan seorang adik lelakinya baru habis spm dan belum smbg belajar. Tanggungjawab sume diletakkan pd suami sy utk menguruskan keluarga dan adik2nya kerana bapa mertua sudah tiada sejak 10tahun yg lalu. Lepas kawin sy akur duduk di rumah ibu mertua walaupun saya tidak suka tinggal disitu kerana sikap ibunya yang selalu membuat sy kecil hati dan marah saya tdk bekerja . Tiap pagi saya akan pergi ke rumah abg sy kerana berdekatan dgn rumah mertua ketika mereka bekerja kerana rse x selesa bila berdua dgn adik lakinya. Saya masak di rumah abg dan bawa balik ke rumah ibu mertua kerana sy tahu tgjwb saya sbgai isteri dan menumpang di rumah ibu mertua. Suami saya akan menjemput sy di rumah abg selepas mengambil ibunya di ktm. Sampai rumah saya mengemas2 rumah. Itu saya tidak kisah. Tapi ibu mertua macam xhargai saya dan berkata belakng pd suami dan anak2nya yg lain bile mereka pulang. Selama ini mmg ibu mertua hanya mengharapkan suami saya dlm ape urusan. Selepas sebulan kami ambil keputusan utk berpindah lebih2 lagi saya baru dapat kerja dan rumah yg kami sewa berhampiran dgn tmpt kerja saya. Ibu mertua marah bile dpt tahu kami mahu pdh dan berkata xde sape anta pergi kerja. Tapi kami tahu ibu boleh bawa kereta sendiri. Ibu memaki kami dan tidak boleh menerina keputusan kami dan mengatakan suami pntgkan saya dan saya merampas anaknya dari saya. Saya mengalah dan tgl sendiri di rumah sewa dan menumpang kawan pergi tmpt kerja. Suami saya pula masih tinggal dirumah ibunya dan mghntr ibunya seperti biasa. Kami sewa rumah itu 1 ogos. Dan belum pernah tgl bersama di rumah sewa. Saya buntu. Adkah saya bersalah sdgkan suami dan sy sudah berbincang dan setuju utk tgl rumah sewa. Apakah saya dan suami perlu lakukan? Kami sudah menandatangani kontrak dan membayar sewa rumah tersebut. |
File Upload: |
Salam
Alhamdulillah dan tahniah kepada puan. Selamat pengantin baru dan selamat menghadapi ujian dalam rumah tangga. Tidak semua manis, ada juga pahitnya.
Seharusnya puan berbincang dengan suami dan gunakan kekuatan suami sebagai ketua keluarga untuk meleraikan kes ini. Memang hak puan untuk berpindah ke rumah sendiri. Memang hak puan untuk hidup sebagai suami isteri dan bangun sendiri melayari rumah tangga. Tidak elok menumpang kecualilah untuk menjaga ibu bapa berkenaan...
Saya cadangkan suami puan perlu bertegas dalam hal ini. Jika puan sudah tidak selesa tinggal di rumah mertua, eloklah berpindah ke rumah sewa. Mintalah kerjasama ibu untuk menguruskan dirinya sendiri, kenapa perlu bergantung kepada anak lelakinya yang telah punyai tanggungjawab sendiri.
Ibu ini kadang kala melampau menuntut hak yang tidak sepatutnya daripada seorang anak... maaf.. Sepatutnya seorang ibu bahagia melihat anaknya berdikari dan belajar menerajui sebuah kehidupan.
Walau bagaimanapun, puan jangan bermasam muka dengan mertua. Itu tidak baik. Berbaiklah kembali dan mohon dijelaskan secara baik kehendak puan suami isteri untuk berpindah dan belajar berdikari di rumah sewa...
Mohonlah bantuan kepada Allah.. doa dan doa... moga dipermudahkan.
tk
Visitor IP: 120.141.149.2
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.