Thursday, August 14, 2014

Soalan: cerai

Nama*:g
Alamat Email:gxxddff @yahoo.com
Tajuk*:cerai
Message*:Askum ustaz..
Saya tlh bertengkar dengan isteri berpunca isteri tak membenarkan sy keluar oustation ke klantan kerana saya sering ditipu oleh kwn yg m'beri kerja di sana.ketika itu,kami benar2 rasa terlalu marah dan mengalami tekanan perasaan yang melampau disebabkan sy baru diistihar muflis yg perlu m'yara isteri dan 3org ank umur 1,2 & 5 tahun.selain itu,saya dan anak baru sihat drp penyakit tibi.kata2 dlm pertengkaran :

1.Isteri:kalau abg pergi ke kelantan mlm ini ayg tidak hormat smpi bila-bila.
2.Suami:kalau dah tak hormat smpi bila-bila(dgn memahami maksud isteri iaitu isteri tidak hormat sekiranya saya keluar pd mlm kejadian)cerai talak 1
3.isteri:(isteri bertanya)abg lepaskan ayg
4.Suami:hah dah

Saya langsung tidak mempunyai niat dan saya membatalkan tidak pergi ke kelantan pada mlm itu.kami berdamai dan isteri hormat saya seperti biasa.

1.adakah sudah jatuh talak?kalau ya,brapa dan bolehkah rujuk segera

2.blihkah jatuh talak sekiranya terlalu marah dan tertekan.setelah keadaan tenang dan sedar kami sendiri tidak tau maksud tidak hormat sampi bila2.

Sekian,terima kasih
File Upload:

Salam

Saudaraku, pada pertimbangan saya, ia telah jatuh talak satu setelah suami mengiyakan 'abang lepaskan ayang? hah dah!..

Bila jatuh talak, jika masih dalam edah saudara boleh merujuk kembali dengannya. Lafazkan rujuk kembali dengan isteri dan haruslah diingat, talak satu telah terjadi..

tk


Visitor IP: 175.143.149.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA