Friday, August 8, 2014

Soalan: suami terlafaz perkataan bercerailah kita

Nama*:yatie
Alamat Email:hayatiati920115@yahoo.com
Tajuk*:suami terlafaz perkataan bercerailah kita
Message*:assalammualaikum....saya ingin bertanya adakah perkataan itu boleh bercerai....
sebab masa tu kami sama-sama baru balik dari tempat kerja masih-masih...sampai sahaja di rumah dia(suami)mengadu dengan saya ,dia bilang penat..tapi dengan masa yang sama dia minta izin pergi rumah sebelah untuk minum-minuman keras,katanya untuk kasih hilang penat badan.....jadi saya pun kasih izinlah...tapi jangan banyaklah itu pesan saya......selepas itu dia pun pergilah.......setelah beberapa jam kemudian kira-kira pukul 12.10am...saya pun risau dan pergi melihat di tingkap ruang tamu melihat mereka yang minum-minuman keras itu tidak kelihatan di sana.....tanpa berfikiran tidak tenang kerana risau dengan kesihatan dia...saya meminjam telepon mentua perempuan dan terus menelepon dan bertanya dia berada di mana....dan dia terus beritahu yang dia berada di golfclub minum-minuman keras di sana.....dan tanpa fikiran yang saya tidak tenang terdengar di sana saya pun timbul perasaan cemburu dan berfikiran ada perempuan lain.....sebab kebiasaan kalau dia mahu pergi mana dia beritahu....setelah saya bercakap macam itu saya terpikir balik....dan saya cakap lagi untuk beri nasihat dengan dia,kalau dady berterusan begini tidak pandai berudah lama-lama lah kan bini pandai lari owh.....tidak lama kemudian dia pun jawap dengan perkataan kenapa bibqe cakap macam tu kenapa mahu bercerai dengan saya kenapa bercerailah kita.....setelah mendengar perkataan itu saya pun matikan telepon tersebut.....dan malam itu juga saya kasi balik telepon yang saya pinjam dengan mentua saya dan terus saya cakap dengan mentua saya mahu balik di rumah orang tua saya sebab dady cakap bercerailah kita....dan tanpa membuang masa saya pun jalan....
saya harap dapat di balas mesej ini dengan segera....sebab saya tidak tahu status saya dengan dia apa sekarang...assalammualaikum
File Upload:

Salam

Cakap suami seperti itu '...tu kenapa mahu bercerai dengan saya kenapa bercerailah kita...." pada pendapat saya ia tidak menjatuhkan talak kerana ia dikaitkan dengan 'JIKA mahu bercerai', dikaitkan dengan jika puan mahu bercerai....


Seperkara yang lebih utama pada kes ini ialah saya nasihatkan puan bimbinglah suami puan ke arah yang lebih baik. Elakkan daripada meminum arak kerana ia ditegah dalam agama, tiada apa yang baik daripada arak itu melainkan merosakkan minda dan menghabiskan wang ringgit serta mengabaikan keluarga akhirnya.

Sebaiknya, bimbinglah suami ke jalan Allah yang halal dan bersih. moga kita Berjaya di dunia dan akhirat jua.

tk



Visitor IP: 60.50.112.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA