Soalan: suami ugut talak
Nama*: | nurul |
Alamat Email: | yn9@gmail.com |
Tajuk*: | suami ugut talak |
Message*: | salam ustaz.. saya keliru di sini.. saya dan suami pernah bertengkar... dan suami dlam keadaan marah cakap "lepas ni biar abah awak yang jaga awak pulak diorang mampu" ... kalau ayat macamni ustaz kira macam mana ya?... sebelum tu dia ade kate.. "nnti balik kampung sy nak bincang pasal talak dengan abah awak" hmmmm.. saya keliru la ustaz..mohon pencerahan...
thanks... assalamualaikum.......
alamat email sy mohon privatekan ya ustaz.. terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Kenyataan seperti ini tidaklah menjatuhkan talak kerana ia lebih berbentuk ugutan bukannya lafaz talak yang sah..
tk
Visitor IP: 175.143.63.68
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.