Soalan: mohon pendapat ustaz tentang masalah dibwh
Nama*: | dyana |
Alamat Email: | dy_ana78@yahoo.com.my |
Tajuk*: | mohon pendapat ustaz tentang masalah dibwh |
Message*: | Salam ustaz...saya ada 2 soalan nk tanya :
1. suami berborak dgn ibunya tentang masalah rumahtangga ibunya..suami pandang kearah saya sambil berkata " putus, mak putus,mak dah putus".
Adakah bila suami ckp putus kearah saya tanpa niat boleh menjejaskan perkahwinan kami (boleh jatuh cerai ke) ?
2. Diatas meja ada botol kaca..Anak saya ingin mencapainya dan suami dgn pantas mengalihkannya sambil berkata "kalau jatuh bercerai"..suami maksudkan botol kaca tu...blh jatuh talak ke? |
File Upload: | |
Salam
1. Putus itu adalah diajukan kepada kes yang dibincangkan dengan ibunya, tiada kaitan dengan perkahwinan puan. So, ia tidak menjejaskan apa-apa..
2. bercerai itu ialah berceari antara botol dan meja.. bukan bercerai suami isteri.. so, ia tiada kaitan juga dengan talak...
tk
Visitor IP: 1.9.102.24
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.