Tuesday, August 12, 2014

Soalan: TALAK

Nama*:lin
Alamat Email:nurul140704@gmail.com
Tajuk*:TALAK
Message*:As salam w.b.t

Sya baru 3 bulan bernikah. Saya seorang single mum dan ada 2 anak. Saya pernah terlanjur dgn bekas bf saya dan saya telah bertaubat utk semua dosa2 saya. Sya telah bersumpah dgn suami utk menutup aib saya sebelum dan selepas nikah.

Sya terpaksa bersumpah setiap kali suami saya bertanya kan hal masa silam saya. Sumpah itu saya lakukan berniat utk tutup aib saya dan menjaga maruah keluarga saya.

Sya pernah terniat utk berterus terang namun saya lihat suami saya seorg yang tidak boleh menerima. dia senang menghina dan memperlekehkan wanita yang berdosa.

untuk pengetahuan ustaz, keputusan saya utk setuju bernikah dengan dia saya serahkan pada solat isktiharah. bukan semata-mata ikut perasaan. kami sama2 beristiharah sebelum decide utk nikah.

Allah tolong saya utk kuat mengharungi desakan suami yang suka mengorek hal silam saya. Syukur Allah beri hijab utk aib saya sehingga lah semalam apabila dia menyebut ttg talak. itu yg buat saya was2 dan perlukan pertolongan ustaz.

Semalam suami saya bertanya kan semula perihal silam saya dan dia ada menyatakan " jika ada sesiapa sentuh saya sebelum ini selain bekas suami, (sebelum saya mngenali dia) talak jatuh ke atas saya"

Semalam juga saya dalam keadaan haid.Adakah jatuh talak terhadap saya?

Mohon percerahan daripada ustaz dengan kadar segera.
Sekian , Terima Kasih.
File Upload:

Salam

Puan, besar dugaan hidup puan.

Apabila suami melafazkan taklik seperti itu dan ternyata puan ada keterlanjuran dengan lelaki lain, ia tentunya menjatuhkan talak; talak satu.

Oleh itu puan perlu perjelaskan kedudukan ini kepada suami dan mohon dirujuk kembali oleh suami.

Seperkara lagi, seharusnya suami sedia menerima puan sebagai isterinya seadanya. Dia tidak perlu mengungkit kisah silam yang hanya akan menyusahkan hidupnya dan hidup puan juga. itu sepatutnya. Suami yang hanya mencari kesalahan orang lain, tidak layak menjadi manusia... kerana dia juga tentunya ada masalah dan ada kisah silam yang tentunya....

Berserahlah kepada Allah.




Visitor IP: 210.186.157.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA